Sunday, March 13, 2011

BUDAYA BURUK BERPOLITIK DI UNIVERSITI

Kurangkan 'politiking' rebut jawatan naib canselor.

Utusan Online

PEKAN 12 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu semua universiti di negara ini mengurangkan 'politiking' dalam perebutan jawatan naib canselor yang dianggap sebagai budaya tidak sihat kepada pendidikan tinggi negara.

Tegas Perdana Menteri, budaya sedemikian tidak sewajarnya berlaku di beberapa universiti tempatan kerana pemilihan jawatan naib canselor ditentukan oleh badan penilai tertentu.

''Soal siapa yang bakal menjadi naib canselor, biarlah proses penilaian menentukan secara objektif kerana kita ada jawatankuasa atau badan penilai untuk berbuat demikian[/b]," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke kampus utama Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Kuala Pahang di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohd. Khaled Nordin dan Naib Canselor UMP, Prof. Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim.
Najib menegaskan, sebagai pendidik, setiap naib canselor perlu memberi tumpuan pada usaha meningkatkan kualiti pendidikan terhadap penuntut universiti.

''Kita mesti beri tumpuan kepada tugas utama sebagai warga universiti. Apa yang penting sekali adalah mendidik anak-anak kita dengan ilmu secukupnya dengan membuka minda mereka," tegasnya.

Perdana Menteri bagaimanapun menyifatkan politik merebut jawatan naib canselor yang berlaku di beberapa universiti tempatan adalah terkawal.

Terdahulu dalam ucapannya, Najib berkata, masih terdapat jurang kemahiran di kalangan graduan tempatan yang menyebabkan pihak industri sukar mendapatkan tenaga kerja berkemahiran tinggi terutama dalam bidang kejuruteraan.

Sehubungan itu, jelas beliau, kerajaan akan mengkaji semula peranan universiti tempatan selain mengekalkan bilangan siswazah berkemahiran tinggi yang dihasilkan oleh institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan.

''Kita akan melihat semula perancangan melalui peranan IPT selain mengekalkan siswazah sedia ada yang telah dijana menerusi sistem pengajian kita," katanya.

Dalam pada itu, ujar beliau, kerajaan tidak bercadang membina universiti baru memandangkan bilangan sedia ada telah mencukupi.

Beliau juga mencadangkan UMP menjadikan Universiti Fachhochschule di Jerman sebagai model yang perlu dicontohi dalam usaha menjadikan universiti berteraskan teknikal dan teknologi.

''Sebenarnya universiti telah cukup. Sebagai universiti baru seperti UMP, saya syorkan ia menjadi universiti teknikal dengan memberi tumpuan pada disiplin teknikal melibatkan teknologi.

''Modelnya adalah universiti Fachhochschule di Jerman yang lebih merupakan universiti bersifat 'hands-on' dan praktikal dari segi latihan," katanya.

Selain itu, Najib menjangkakan warga UMP bakal mencecah bilangan seramai 20,000 orang dalam tempoh enam tahun lagi.

''Jika ada komuniti yang sebegitu ramai, permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan akan melimpah kepada masyarakat setempat," tambahnya.

Memang jawatan NC di Malaysia ini sngt dekat persaudaraannya dengan politik...namun kebanyakan artikel bukan merujuk kepada tajuk NC tersebut.ianya lebih kepada produk universiti tempatan yg kurang kemahiran teknikal dan kurang memenuhi keperluan industri.. mana tidaknya, ada hanya 4 IPTA saja dari berbelas-belas IPTA yang kandungan kursusnya menumpukan perkara teknikal dlm pembelajaran.



Warga akademik IPT usah terlalu berpolitik: Najib

2011/03/13

NAJIB melancarkan Projek Green Tech UMP ketika lawatan rasmi ke universiti berkenaan, semalam. Turut memerhati, Mohamed Khaled, Adnan, Shaifuddin, Mohd Hilmey dan Dr Daing Nasir (kiri).

PEKAN: Datuk Seri Najib Razak meminta warga akademik institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan tidak terlalu asyik berpolitik termasuk mengejar jawatan tinggi sehingga mengabaikan tanggungjawab mendidik dan membentuk modal insan berkualiti.

“Jangan terlalu banyak sangat politik... sampai masa nak lantik Naib Canselor atau Timbalan Naib Canselor begitu banyak surat layang dan sebagainya saya terima. Saya lihat penyakit politik di universiti ini kadang-kadang lebih hebat daripada nak pilih calon pilihan raya.

“Ini budaya tak sihat di universiti dan saya rasa malu kalau sikap warga universiti lebih kepada politik daripada tugas utama mengajar anak-anak kita jadi orang baik, pandai, cukup ilmu, hebat dan mempunyai minda terbuka,” kata Perdana Menteri.

Beliau berucap demikian pada majlis lawatan rasmi ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kampus Pekan, di sini semalam. Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Timbalannya, Datuk Shaifuddin Abdullah; Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, Datuk Mohd Hilmey Mohd Taib dan Naib Canselor UMP, Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim.

Najib mengesyorkan UMP menjadi universiti teknikal dengan memberi tumpuan sepenuhnya kepada disiplin itu dan menjadikan Hochscule Karlsruhe Technic Und Wirtschaft (HsKA) atau Universiti Karlsruhe di Jerman sebagai model.

Perdana Menteri turut melancarkan projek teknologi hijau UMP yang dibangunkan secara usaha sama di antara anak syarikat universiti itu, UMP Green Technology Sdn Bhd dan Urban Environment Industries Sdn Bhd, membabitkan pembangunan kitar semula minyak dasar daripada minyak hitam terpakai.

Terdahulu ketika berucap merasmikan Program Sambutan Hari Air Sedunia 2011 Peringkat Kebangsaan di Pekan Riverfront, Najib berkata, cabaran dan isu berkaitan air perlu ditangani sebaik mungkin oleh semua pihak, terutama tiga isu, iaitu air berlebihan sehingga banjir, kekurangan air punca kemarau dan kualiti air.

Sambil berharap isu berkaitan bekalan air antara negeri tidak dipolitikkan kerana ia keperluan asasi rakyat, katanya, usaha terancang turut dibuat bagi mencari dan membangunkan sumber air alternatif seperti air bawah tanah, kolam takungan, air hujan dan kegunaan semula.

Pada Majlis Perasmian Berkelompok Persidangan Cawangan dan Penyampaian Bantuan kepada Cawangan UMNO Pekan pula, Najib yang juga Presiden UMNO dan berharap pemimpin akar umbi parti berinteraksi dengan pengundi dan rakyat.

http://mforum.cari.com.my/archiver/?tid-532209.html

p/s-ini memang terjadi. Saya percaya setiap pelajar di mana-mana universiti sedar kebobrokan pihak atasan di universiti. Malangnya........

p/s-jujurnya hampir semua orang mengejar gaji dan jawatan yang tinggi. Jadi janganlah menipu lama-lama.

No comments:

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA