Sunday, March 13, 2011

KERJA KAHWIN KAWAN KAWAN

1-Aku masih status terumbang ambing. Jobless. Cadangnya memang nak sambung PHD. Istikharah pun menunjukkan PHD. Masalahnya aku jadi ragu sekarang. Rasa 50% 50%. Duit lagi. Kalau moyang-moyang aku dulu beringat, rasanya oversea aku sekarang. He. Moga ada bantuan dari Nya. Insya Allah.

2-Kahwin sudah bassist aku. Muda setahun daripada aku, isterinya baya aku. Alhamdulillah. Bahagialah selamanya. Amin. Lepas ni siapa?Aku dijemput pergi. Tapi kalau anda membaca 1 diatas anda terus dapat tangkap alasan kegagalan kehadiran aku. Kawan-kawan lain tengah kumpul duit kumpul harta dan kahwin. Aku harap aku terus sabar dan tak rasa dengki. Nauzubillah.

3-Kahwin dan kerja. 2 K with capital K. Added one more- KUSUT......

4-Memang terasa teruk sekarang, tapi rasanya ada lagi orang yang nasibnya lagi buruk. Sekurangnya aku tahu ini kifarah dosa dan ujian kesabaran. Sabar-sabar.

5-Cakap mengenai tsunami yang melanda Jepun. Aku teringat malam 25 Disember 2004, aku dan keluarga di Melaka. Ditepi laut. Subhanallah. Kalau-kalau sampai tsunami waktu itu, entah apa jadi. Dan disitulah siangnya aku ternampak sebuah motor TZM, kebetulan waktu itu aku sedang mencari motor. Saja usik bapa aku, jenis besar begitu yang aku mahu. Sabar. Sabar. Sabar. Dapat. Harap-harap kesabaran aku kali ini yang jobless dan terumbang ambing ini terbayar.

p/s-TZM lama tak jalan.

No comments:

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA