Tuesday, March 1, 2011

E.A

Keluar pada jam 2 petang tadi. Ke kedai membaiki komputer. Sampai disana perlukan deposit RM50 untuk membaiki laptop. Bayaran penuh RM450. Bajet awal dulu RM800. Kelam kabut sedang dalam poket cuma ada RM38 saja.

Pekedai sombong untuk tidak menerima RM35 dulu. Mati-mati mahu RM50 juga.WTH?Semalam baru bayar RM45 untuk format Windows XP SP2(!) dan Words 2003(!!). Terpaksalah ke bank Islam dan cucuk RM10. Erkkkkk....

Terpaksa juga balik ke rumah dulu meminta pada Ayah. Segan muka. Ke kedai semula, ditulis resit dan pekedai mengatakan tempoh masa pembaikian 3 minggu. Aku membalas balik-'Semalam kata 2 minggu?'. Malas aku mendengar alasannya. Entah boleh repair atau tidak. Itu pun minta RM10 juga kalau tak dapat repair.

Daerah Pontian,bilalah kau nak maju-maju? Nak repair laptop pun susah. Apatah lagi nak pakai kereta-kereta super mewah. Mana nak hantar repair gitu?

p/s-E.A nama kedainya

2 comments:

DINBRASCO said...

Ehhee..hantor je kat kedai lain..jangan bagi chance' kat peniaga penipu nih..format komputer? Boleh wat sendiri tuh....takyah pi kedai...

MFTAQIYUDDIN said...

Tu la masalahnya Cik Din, pekedai di tempat saya ni gaya tradisional. Mereka stuck pada era 90 an. Slow mental development.Pengaruh persekitaran ni.Bandar Pontian berubah cuma pada lanskap dan pembukaan bandar baru, itu pun Cina monopoli.

Lain kali saya format sendiri laptop.CD dah ada. Windows 7 saya dah pernah format,Vista pun sama,XP pun pernah.

Lain kali buat sendiri ,harap-harap tak payah la format lagi,takda external HDD untuk backup.

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA