Tuesday, March 1, 2011

BODOH SOMBONG

1-Saya, bila ditegur Insya Allah menerima dan berharap dapat belajar daripada teguran diberi. Fikir positif dan saya memang berfikiran positif selalu. Memanglah tidak berlaku pada semua masa dan keadaan, tapi masih tetap ada.

2-Majoriti orang saya berjumpa dan mungkin tak ingin jumpa lagi kalau takdir-kawan,musuh dalam selimut,bekas/kekasih,saudara mara,adik beradik-selalu berfikiran mereka golongan yang maksum. Metafora ya? kalau ada yang benak sangat.

3-Mereka mahu pendapat mereka diterima, walau kita katakan bukan begitu sepatutnya. Mereka tidak peduli. Hati mereka entah terisi apa.

4-Saya menegur,pada mereka saya cuma menunjuk pandai. Teguran diberi kerana itu yang saya lihat perlu dinyatakan, tapi mereka cuma lihat luahan saya itu sebagai negatif, bukan content nya yang bertujuan benar. Apakah begitu manusia yang baik?Muslim?Mana ingatan berpesan-pesan pada kebenaran?

5-Kalau-kalau sekarang, saya sudah tak peduli lagi. Biarlah. Kubur kamu orang di angkasa raya, saya berlahad di tanah bumi. Saya tahu tetap masih ada teman-teman yang bijak berfikir secara rasional dan kematangan yang tinggi di luar sana. Mungkin ada gadis yang baik juga membaca ini?Hahaha.

6-Teman-teman kualiti yang baik itulah yang membuat saya masih tersenyum hingga sekarang. Terima kasih.

No comments:

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA