1-Negeri kedua aku, selepas Johor dan sebelum Penang. Negeri kelahiran Ayah aku. Wan dan Tok masih ada. Kuat segar lagi berjalan sana-sini. Mereka di Kampung Titi Gajah, Alor Setar.
2-Kenangan aku di Kedah bermula waktu kecil dulu. Waktu di USM, sempat lah 2 kali balik ke kampung sana. Rasa agak janggal juga bila berjumpa menakan(saudara) yang tak pernah berjumpa atau jarang-jarang sangat berjumpa. Kali terakhir aku balik ialah pada 2009. Sekarang 2 tahun sudah. Rasa rindu juga mahu berjumpa Wan aku.
3-Mukanya Wan aku memang serupa benar dengan Ayah aku. Cuma Wan lebih gelap sedikit kulitnya. Kuat beragama. Wan pernah menerangkan tentang ilmu Tasauf pada aku. Memang pening. Dengan gaya bahasa orang-orang lama dan pengulangan perkataan- "Apakala''
4-Ayah anak nombor 2 daripada 7 beradik. Mak Long aku seorang di Cheras, Ayah di Johor, yang lain-lain berada di Kedah. Rasanya aku tak pernah jumpa serentak semua adik beradik Ayah aku. Jarak yang jauh memisahkan kami.
5-Pernah sekali aku naik ke Gunung Jerai. Monyet banyak betul. Ke Langkawi dari Jeti Kuala Kedah. Dan paling seronok tentulah makanan orang utara- bihun sup utara cabai lebih dan Laksa Kedah. Memang sedap. Ramai betul yang berjual menu yang sama. Cuma aku tak pernah naik lagi Menara Alor Setar. Ada rezeki rasanya mahu juga bercuti ke Kedah negeri jelapang padi. Ayah bercerita masa kecil-kecilnya menangkap ikan dibendang. Kisah semangat padi(hantu) juga pernah diceritakan. Itu lain kalilah aku cerita.
EDU-kasi: Anak Angkatku, Mohd Aiman
1 week ago
No comments:
Post a Comment