1-Anda keluar dari pagar rumah anda. Menaiki kereta atau motorsikal.Dari lorong rumah/taman anda memasuki jalan raya/jalan besar. Beri signal arah anda-kanan atau kiri. Itu yang dipelajari di sekolah memandu. Beri signal untuk memasuki laluan.
2-Anda berhenti menunggu jalan kosong. Sebuah kenderaan menyusur laju diatas jalan raya/jalan besar. Anda menunggu. Tidak terlihat signal daripada kenderaan tersebut untuk memasuki lorong rumah/taman anda. Anda masih menunggu.
3-Jangkaan waras kenderaan itu akan jalan terus. Semakin hampir kenderaan tersebut dan kenderaan anda(yang sedang menunggu).
4-Anda lihat kenderaan tersebut membelok memasuki lorong rumah/taman anda. TANPA SIGNAL. Anda pun membunyikan hon. Pemandu/penunggang kenderaan itu tanpa muka bersalah malah menunjukkan muka Zionis pula pada anda. Alangkah bahagianya ibu bapa mereka.
5-Selalu saya berjumpa situasi ini, saya hon mereka atau
hoi!! kan mereka. Setakat ini tiada yang berani turun/bersemuka dengan saya.
No comments:
Post a Comment