Friday, March 4, 2011

Radieyah Areifein 1999 2000

Namanya Radieyah Areifein( sudah saya ubah ejaan). Sangat manis, kulit putih melepak, bijak dan anak pengurus jabatan Emak saya. Juga rakan sekelas saya semasa Tingkatan 1 dan 2 Cemara di SMKDPB dulu. Sebuah sekolah bestari yang mengejar pencapaian cemerlang cuma.

Banyak kenangan masa itu. Kami sekelas. Masih saya ingat lagi meja saya dan dia cuma terletak selang sebelah. Selalu saya curi pandang wajahnya. Waktu itu, jujurnya, dia memang wanita paling popular dalam batch kami. Kerana kejelitaannya. Masih saya terbayang wajahnya tersenyum. Sangat-sangat manis. Keturunan Arab Melayu Muar. Umpama gurauan Rasullullah saw pada Aishah ra, Umaira-pipi yang merah

Saya pada waktu itu memang tidak langsung bercakap dengan wanita luar. Segan dan rasa rendah diri. Seingat saya, pernah ada 4 perempuan yang pernah cuba mengajak saya untuk berkawan. Cuma waktu itu kan budak-budak lagi, saya lebih minat pada World Wrestling Federation berbanding Wanita Wanita Feeewit. Zaman Stone Cold dan The Rock.

Cumanya Radieyah ini agak kasar sedikit dibalik kejelitaannya. Secara spesifik saya lupa apa type kasarnya itu, cuma adalah beberapa kali yang kurang menyenangkan saya dan tak manis ditulis disini. Pernah juga pada waktu hari terbuka sekolah, saya lihat dia dan kakaknya berjalan sama. Sama-sama cantik adik beradik tersebut.

Waktu awal tingkatan 2, dan juga waktu paling sedih era pra PMR, dia berpindah ke ibu negeri Johor. Mengikut Ayahnya. Sangat sedih. Dan ramai juga kawan-kawan lelaki saya meratap dalam diam, termasuk saya. Hahahaha.

12 tahun kemudian, saya lihat dalam Facebook. Dia sudah berkahwin. Nampak keceriaannya. Sama sepadan suami isteri. Saya tersenyum. Bahagia sudah dia. Kenangan 12 tahun lalu pun kembali.

Teringat satu cerita lama:

Berbaris didepan pagar sekolah agama Pontian, baris lelaki dan perempuan sebelah menyebelah,menunggu waktu pulang. Seorang kawan perempuan sekelas berkata sesuatu yang saya masih ingat segar dalam ingatan- " Fahmi, Radieyah kirim salam"

No comments:

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA