Tuesday, March 8, 2011

Pengajaran

1-Saya ingat lagi. Melangkah masuk ke bank untuk memasukkan duit RM50. Ini semasa masih di USM. Saya berpakaian baju kemeja tidak kemas berkedut, seluar jeans biru, berselipar dan membawa helmet.

2-Ambil kertas disediakan. Isi apa yang patut. Ambil nombor giliran. Waktu itu cuma, tak silap, saya dan seorang Cina saja sebagai pelanggan. Guard seorang, staff bank 3 orang, 2 melayan di kaunter urusan yang ada 5 tempat. Kemudian sampai giliran saya.

3-Saya faham, sudah petang, mood nak bekerja dah hilang. Fikiran teringatkan balik rumah saja. Staff yang melayan saya menunjukkan muka tidak berseri. Saya pula yang memberi salam dan menerangkan tujuan saya. Bayar 50 sen dan tunggu resit. Ok. Selesai.

4-Kemudian datang seorang lagi pelanggan, pensyarah pusat pengajian saya, bergaya berkaca mata hitam dan berkemeja kemas. Staff yang melayan saya tadi itu terus tersenyum. Baik layanannya pada pensyarah saya. Ringan mulut staff tadi. Ketawa-ketawa riang. Saya?Lihat-lihat saja saja dan berlalu keluar.

5-Hari itu saya belajar, hidup ini kena ada seterika baju.

No comments:

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA