Tuesday, March 15, 2011

Terminal Nibong Kaunter 33 Memoir 2006-2010

2006

'Hello, Mayang Sari kaunter 33 ke? Pontian malam 27hb ni ada kosong lagi tak? Blah blah blah'

'Hello Mayang Sari ke? Kak Pontian esok malam ada? Habis?!!Aduhhhhh'

'Hello Mayang kaunter 33?Pontian 14hb ada? Pontian Johor sana.'

2007

'Salam. Mayang Sari?Boleh check Pontian malam, 8hb ada kosong lagi tak Kak?'

'Hello Mayang 33? Kak, Pontian 10hb ada kosong lagi tak?'

'Assalamualaikum, Kak, Pontian 27hb ni ada kosong lagi tak?Seat belakang-belakang ye Kak..'

'Salam...oooo nyonya...Nya Pontian Johor Khamis malam ada?Itu Kakak mana?'

2008

'Salam Kak. Aaaaa....Iye Pontian. Malam. 28hb. Ada ye? Ok sat lagi saya pi ambik tiket. Jam 5 lepas Asar. Terima kasih Kak'.

'Hello.....Aaaa. Pontian. 24hb ni, ok. Malam saya pi ambik tiket no. Terima kasih Kak'

2009

'Salam. Mayang Sari. Pontian....Haaa. Tau pun Kak. Seat belakang ye Kak?'

'Salam Kak. Haaaa?! Habis ka? JB tak mau la. 14hb pun habis? 15hb pun sama?Takpa Kak sat gi saya pi sana. Terima kasih Kak.'

'Hello Mayang. Pontian? Ok. 13hb. Sat lagi saya pi ambik Kak'

2010

Suatu petang jam 6 setengah petang, saya ke pasar malam di Sungai Nibong. Turun motor dan berjalan memasuki lautan manusia. Tiba-tiba seorang perempuan separuh baya tersenyum pada saya. Bukan peniaga di pasar malam ini, kerana dia turut sama menjinjit plastik-plastik hasil jualan peniaga, sama dengan pengunjung lain. Saya terlupa samada membalas atau tidak senyuman perempuan itu....adehhhh. Balik dari pasar malam baru saya teringat, itulah Kakak yang rajin melayan saya membeli tiket pulang ke kampung. 4 tahun kami berurusan. Daripada kekasih Cina sampai ke Peranakan Pakistan. Daripada ijazah muda ke sarjana.

Terima kasih Kak.

'Assalamualaikum. Kak, Pontian macam biasa. 18hb ni. Malam. Last ni Kak.'

No comments:

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA