Monday, April 4, 2011

Dulu masa bocah cilik

1-Masa kecil adalah juga masa kenakalan anak-anak. Bukit dipanjat, sungai diterjun,lombong dibaling mata kail, buah kebun orang dicuri, bergaduh dengan anak Cina, memonteng mengaji, main sembunyi dalam rumah kosong, bermain basikal dan lain-lain.

2-Ibu Ayah, Atuk Nenek, Pak Long Pak Uda, Oyang Onyet dan tetangga dekat sentiasa rasa risau tatkala anak cucu hilang entah ke mana bermain. Takut lemas, diculik, digigit ular, terjatuh longkang, kemalangan dan lain-lain. Paling haru bila hantu kopek. bunian, jin setan turut sama bergurau.

3-Jadi cara termudah mengawal anak cucu begini ialah dengan menggunakan pendekatan psikologi. Contoh kalau melarang mandi sungai, biasanya makin dilarang, makin kuat dibuat, jadi dengan 'menggalakkan' kebiasaannya menimbulkan kecuakkan pada anak cucu.

4-Penulis masa kecil sering di momokkan dengan cerita hantu momok. Imaginasi penulis membayangkan hantu itu seperti nenek tua rambut panjang dan tinggal diatas siling rumah.

5-Memang taktik ini berjaya mengekang penulis daripada bersikap nakal melampau, tapi kalau nak ke bilik air pun rasa takut bagaimana? Pada penulis pesanan menakut-nakutkan tak bertempat membunuh keyakinan diri anak-anak. Pesan Saidina Ali r.a menyarankan agar anak didekati dengan 3 cara; 7 tahun pertama bermain dengannya; 7 tahun kedua mendisiplinkannya dan 7 tahun ketiga berkawan dengannya. Mendidiklah dengan bijaksana. Wallahualam.


Pompuan(perempuan) mati anak juga digunakan sebagai objek menakut-nakutkan anak-anak


6-Mujurlah dah tua bangka ini penulis pula berminat dengan benda-benda mistik dan psikologi begini. Hikmah pendedahan awal?Hmmm.

No comments:

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA

EMASA