1-Nikmat menikmati semua jenis makanan (halal bagi Muslim). Selalu saya dengar seseorang yang 'established' pabila tua perlu berpantang makan itu ini. Membuat terfikir oleh saya, bagaimana usaha penat lelah terkumpul apakala akhirnya hasil cuma perlu berpantang larang?
2-Saya sendiri perlu berpantang larang sementelahan dalam keluarga saya mempunyai sejarah penyakit kencing manis dan darah tinggi. Yang saya cuba elakkan sekarang ialah benda-benda manis tiruan dan asli. Susu pekat manis sangat pantang sekarang. Terliur dengan teh ais.
3-Saya percaya penyakit itu tanda ujian Allah SWT untuk kita. Kerana akhirnya kita milik Kekasih juga. Dan tidaklah boleh kita berputus asa berkeluh kesah, walaupun kita pasti akan terbuat juga kerana kita manusia yang biasa.
EDU-kasi: Anak Angkatku, Mohd Aiman
5 days ago
No comments:
Post a Comment