Saturday, April 2, 2011

Posting tipikal

Sebiji gitar diatas ni lebih mahal dari harga hantaran zaman sekarang


Dulu masa di USM waktu degree aku pernah kata nak ajar seorang kawan perempuan bermain gitar. Start dari posting dia di shoutbox Friendster miliknya, tapi disebabkan kesibukan masa dan dia pun nampak macam tak berapa nak serius, jadi tak pernah terjadilah.

Gitar. Paling senang dan paling murah. Kapok. Leher gitarnya besar, sedap digenggam untuk pertukaran kord, asal tahu trick tertentu bagi memudahkan lagi permainan. Tapi aku tak mahu cakap apa trick nya, pasal jari perlu kuat untuk pertukaran kord. Jadi asas jari kena kuat. Kalau nak cari Kapok, cari yang 'natural finish', yang 'sunburst' entah apa kaler tu pada aku jenis 'fragile'. Bila dah dapat, 'abused' habis-habis. Belasah gitar anda, jangan sayang-sayang sangat(Bad Religion,200X).

Yeah!! Jangan sayang-sayang sangat!!Err tapi tu ukelele. Belasah!!!!


Kalau nak main gitar, kena tahu dan minat pada muzik dulu. Tak kisahlah apa-apa pun, tapi bagus cari band yang betul-betul bermuzik. Bukan semata-mata band aja. Sebab bila dah minat kita akan mula belajar(kalau nak main instrumen) lagu-lagu band tersebut.

Jadi macam pesan seorang gitaris-King Shah Metalasia tak silap aku- tirulah pemain gitar kegemaran anda. Hikmahnya ialah asas teknik, 'feeling' dan apa-apa trick gimnastik pada gitar kita boleh 'copy' daripada pemain gitar kegemaran kita tu. Short cut. Sikit la. Pengaruh terbesar aku sedar tak sedar ialah Metallica- jadi bila solo tu keluar juga vibe Kirk Hammett.

Ku Hamid


Muzik di Malaysia ni bagaimanapun sedikit sedih. Motivasi aku dah kurang untuk ada band sendiri. Negatif sikit. Harap ada sinar dimasa depan, tak jadi pemuzik, jadi pengumpul gitar pun ok.

Tapi kalau muzik yang kita mahu, what should we do then? Go grab it!!!

Hehe. Kalau dapat isteri yang boleh main gitar juga.....Boleh main sekali. Main gitar la.

No comments:

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA