Teringat cerita di kampung dulu. Waktu rumah lama masih tegak. Pertengahan 90 an. Kami para cucu selalu berseronok tiap kali berkumpul. Rasanya sekarang 2011 cuma waktu hari raya saja baru rumah Arwah Atuk penuh dengan keluarga.
Rumah Arwah Atuk terbahagi pada 3 bahagian. Ruang paling depan separuh kayu dan papan ber lantai simen tanah, ruang tengah kayu penuh tinggi, ruang dapur separuh kayu papan dan lantai simen tanah juga.
Ruang tengah dulu dibahagi dua,satu bahagian (a)bercantum dengan ruang depan, dan satu bahagian (b) bercantum dengan dapur. Kalau malam-malam raya, anak cucu tidur di ruang tengah bahagian (a) dan selebihnya bergelempang depan TV di ruang depan.
Masih teringat Arwah Atuk mengubat orang. Jenis-jenis sakit ringan saja yang penulis selalu nampak dan tahu. Macam sakit gigi dan pening-pening kepala. Dari ruang depan nak ke ruang tengah dihubung tangga kayu naik ke atas(ruang tengah), dibahagian situlah Arwah Atuk mengubat orang.
Teknik pengubatan begini,dikeluarkan pisau lipat beralas kain buruk. Diselak tikar getah dibahagian atas hujunga anak tangga hingga menampakkan papan kayu, Arwah Atuk membaca doa lalu mengetuk-ngetuk papan kayu(ini untuk mengubat sakit kepala tak silap penulis). Begitulah seingat penulis.
Tiap senja, cucu-cucu dikerah masuk rumah. Kami yang masih sekolah rendah waktu itu sudah siap mandi. Kami disuruh solat berjemaah bersama Arwah Atuk dan golongan tua keluarga kami. Kemudian waktu makan malam. Ruangnya dibahagian dapur. Berkumpullah semua menjamah hidangan hasil masakkan emak-emak saudara.
Usai makan,kami menonton TV. Kalau ada cerita-cerita menarik seperti filem-filem P.Ramlee atau cerita hantu Indonesisa (selalunya paling seronok ditonton ialah lakonan mendiang Suzana), seluruh ahli keluarga berkumpul. Tambah sedap lagi bila ada 'wrestling'. Waktu itu zaman Hulk Hogan, Ultimate Warrior, ol skool Undertaker, Brett Hart, Mankind dll. Arwah Atuk bersemangat menonton. Masih terbayang-bayang seronoknya Arwah melihat gusti.
Hampir jam 11 malam dikira waktu tidur. Takkan kami para cucu nak tidur dah? Kami melepak didepan rumah. Senang cerita bahagian anjung. Sambil berborak-borak, mata meliar-liar juga menonton kegelapan malam. Manalah tahu kalau-kalau ternampak 'sesuatu'. Rasanya kami takkan ketakutan, kerana beramai-ramai membuatkan kami seronok dan berani. Silap-silap kami kejar 'sesuatu' itu. Tapi seingat penulis tidaklah pernah kami nampak benda bukan-bukan.
Kalau hujan malam itu, lagi lah seronok. Tidur sejuk aja. Tapi siap, nyamuk tak pernah cuti. Waktu 5.30 pagi setiap hari, Arwah Atuk dah bangun untuk mandi dan solat. Kami para cucu bangun lingkungan 7 pagi hingga 8 pagi. Biasanya sarapan sedan dihidangkan waktu-waktu begitu. Basuh muka tanpa gosok gigi, kami pun bersila depan pinggan. Menu selalunya nasi goreng, bihun, kadang-kadang ubi rebus cicah sambal bilis.
Usai makan,yang rajin pergi mandi, yang malas tonton TV. Waktu 11 pagi, emak-emak saudara berkumpul di dapur menyiapkan bahan masakkan tengahari. Kami pula bermain-main keliling rumah.
Oh ya, waktu itu kebun getah masih ada lagi. Biasanya kami masuk ke kebun mencari biji getah. Kemudian berlawan biji getah penemuan siapa paling keras kulitnya melalui cara seorang daripada kami mengepit dua biji getah dengan tangan, miliknya dan pihak lawan.Yang pecah kalah, yang menang tak dapat hadiah apa-apa.
Al Fatihah untuk Allahyarham Haji Abdul Samat bin Abu Bakar.
Syirik terbahagi kepada 2 jenis:
4 weeks ago
No comments:
Post a Comment