Monday, May 16, 2011

Rakyat Malaysia= RM

1-Melihat pelbagai isu politik dibentangkan samada serangan peribadi atau tidak, kita boleh katakan dan berdoa selalu biar ahli-ahli politik tersebut bergaduh, rakyat juga yang dapat untung. Politikus bergaduh, rakyat senyum. Hidup politikus susah, hidup rakyat biarlah senang.

2-Tapi tetap dalam pelbagai isu Kerajaan naikkan juga harga minyak>gula>.. Rasionaliasasi subsidi kot perbendaharaan kata yang dipusing. Kalau begitu fahaman saya tentang rasionaliasi subsidi ini ialah Kerajaan tak pernah belajar mentadbir negara dengan efisyen. Ketirisan sumber menyebabkan subsidi dipotong-potong bagi merasionalisasikan kelemahan Kerajaan. Begitu ke?

3-Tak terkata. Patutlah kata dan maksud Suvarnabhumi dapat kat Thailand.

4-Dalam menangani hal kenaikkan harga barang keperluan (minyak, gula, ayam daging) setiap tahun, saya cadangkan(kerana saya tiada kuasa) pada Kerajaan, naikkanlah juga gaji awam dan swasta setiap tahun, tetapkan gaji minima dalam penggubalan undang-undang setiap 5 tahun atau ikutlah keperluan dan potong pelbagai elaun/'claim' kemewahan yang dinikmati pemimpin setiap kali menjelang pilihanraya. Keyakinan rakyat itu 'agama' ahli politik. Boleh?Susah sama dirasa, senang sama dicicipi. Kroni bolehlah pergi mati.

5-Golongan minoriti dan bukan ahli yang sentiasa kaya di Malaysia. Inilah punca pelbagai kemelut. Inilah yang perlu diseluk selalu.

No comments:

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA