Beliau ini berkulit hitam dan boleh dikatakan kekurangan daripada segi paras wajah. Ditambah kemiskinannya lagi maka kita tahu logiknya bagaimana penerimaan orang pada beliau. Namun cintanya pada Islam sangat besar.
Tak silap aku beliau bekerja sebagai pemotong kayu api, tak silap aku.
Suatu masa lelaki ini berjumpa Baginda yang mulia, dan menyatakan hasratnya untuk bernikah dengan seorang gadis jelita daripada sebuah keluarga. Baginda memahami naluri manusia dan menghantar wakil ke rumah keluarga gadis tersebut.
Pada mulanya ketua keluarga tersebut berbesar hati kerana menyangkakan pinangan dihantar mewakili pihak Baginda, namun setelah diterangkan oleh wakil Baginda untuk siapa pinangan tersebut maka ketua keluarga tersebut menjadi serba salah. Manusia mana yang mahu bersama dengan orang yang kekurangan paras rupa dan miskin pula?
Wakil tersebut pun pulang kemudiannya tanpa mendapat kata putus.
Gadis jelita tersebut yang telah mengetahui pinangan lelaki berkulit hitam itu menyatakan pada ketua keluarganya yang dia sudi menerima pinangan tersebut, walaupun bukan pinangan Baginda sendiri tetapi untuk lelaki kulit hitam itu tadi, semuanya atas dasar beriman kepada Rasul.
Ketua keluarga itu tadi pun memanggil wakil yang tadi, dan menyatakan persetujuan tetapi dengan syarat mas kahwin nya sekian-sekian.
Pendek kata lelaki berkulit hitam itu tidak akan mampu menyediakan mas kahwin yang diminta.
Lelaki berkulit hitam itu kemudian mengaku beliau tidak mampu menyediakan mas kahwin itu dan bersedia melupakan hajatnya.
Baginda yang mulia yang terlalu menyintai umatnya kemudian meminta lelaki kulit hitam itu bertemu dengan sahabat Baginda yang kaya raya untuk mendapatkan dinar dan dirham yang diperlukan bagi mencukupi mas kahwin yang diminta, maka pergilah lelaki berkulit hitam itu.
Usai mendapatkan wang tersebut dan mahu pulang, lelaki berkulit hitam itu mendengar seruan berjihad ditengah kerumunan manusia ditempat awam.
Tanpa ragu-ragu dan tanpa berfikir panjang, lelaki berkulit hitam itu terus menghabiskan semua duit yang diperolehinya tadi bagi membeli seekor kuda yang gagah dan kelengkapan berperang.
Lalu beliau menuju ke medan peperangan dan bertempur sehabis-habisnya. Minatnya bernikah dengan gadis jelita itu tadi entah ke mana menghilang.
Cintanya untuk Allah SWT, Rasullullah saw dan Islam lebih besar daripada cintanya pada seorang gadis jelita.
Lelaki berkulit hitam itu kemudian syahid dalam peperangan tersebut.
Innalillah.
.......................................................................................................................................................................
Anda pernah dengar-
Berkata seorang hukama' (bijakpandai), "Khabarkan kepadaku apa cita2 seseorang itu niscaya akan aku khabarkan siapa sebenarnya si dia itu."
Jika kita ingin mengenali personaliti seseorang, cuba tanya apakah cita-citanya.
Maka sebab tu ada tokoh gerakan Islam terkenal di Mesir yg menetapkan cita-cita orang Islam:
"Maut dijalan Allah adalah setinggi-tinggi cita-citaku"
p/s-setiap kali aku teringatkan cerita diatas, pasti aku terasa sebak.Semoga aku dijauhkan dari prasangka negatif sesiapa yang melihat kulit lebih daripada isi.
No comments:
Post a Comment