Friday, May 6, 2011

SPEAKER P.A SYSTEM

Jaki dulunya bekerja sendiri. Dengan memandu lori Commando tuanya, beliau akan menghantar pelbagai barangan diminta pelanggannya. Hasil kebun, dusun, lembu barang perabot, surat khabar lama, hatta barang jamming kenduri kahwin sekalipun. Asalkan dapat duit untuk berasap dapur.

Beliau hidup bujang. Disuruh kahwin, kita pula digelakkan beliau. Begitulah adanya.

Suatu malam beliau memandu Commando merahnya ke Kota Tinggi, menghantar speaker P.A system untuk kenduri kahwin. Sambil menghisap kretek, beliau menyanyi-nyanyi riang menghiburkan hati. Suaranya sedap atau tidak bukan masalah negara.

Melewati kebun sawit yang luas mata memandang dikiri kanan jalan, Jaki terdengar bunyi ‘feedback’(dekatkan hanset anda pada speaker PC, begitulah bunyi ‘feedback’) dari belakang lorinya.

Dilihat cermin pandang belakang, speaker P.A system okay saja bersusun dibelakang.

PANNGGGGG!!!! Bunyi ‘cymbal’(instrument drum yang berbentuk piring) kedengaran. Jaki tersentak beristighfar. Commandonya hampir berhenti mendadak ditengah jalan. Jaki berhenti ditepi.

Berkira-kira mahu keluar atau tidak menjengah belakang lorinya. Dijeling-jeling dengan ekor mata cermin pandang belakang. Gelap saja.

Tekad Jaki keluar menjengah, diambil batang besi ‘crow bar’ lalu dibuka pintu lorinya. CANGGGG!!!!! Bunyi China Pang(sama lebih kurang seperti bunyi cymbal drum) pula kedengaran. Berdentum bunyi pintu lorinya yang ditutup balik oleh Jaki. Berpeluh-peluh.

Nyiiiiiiiiiiiiiii…..Bunyi seperti radio yang baru dibuka. Mencari frekuensi stesyen radio.

Kedengaran lagu opera Cina. Suara lelaki dan perempuan menyanyi penuh bersemangat. Jelas sekali bunyinya umpama corong speaker canggih ARCS. Desibel, mid dan bass kedengaran sangat cantik. Bunyi sebiji-sebiji. Umpama ada boombox.

Jaki menutup matanya. Keadaan gelap diluar dan tiada kenderaan melintas. Rasa takut dan menyesal.

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

‘Saya tak jadi hantar speaker tu ke rumah yang pesan barang tu. Tak taulah macam mana kenduri kahwin tuan rumah tu esoknya. Haha. Tapi nak buat macam mana? Kalau kena gitu pun maunya tak takut?’ kata Jaki disuatu masa saya jumpa dengan beliau dikampung.

‘Rasanya ada orang dengki dengan saya..Rasanyalah….’ tambah lagi Jaki.

‘Mungkin orang tu rasa saya ni kacau daun bisnes diorang, ye la saya mengaku semua barang kalau boleh saya nak hantar time tu dengan lori buruk tu. Kalau Petronas suruh hantar kereta F1 pun saya hantar, duit punya pasal’ luah lagi Jaki pada saya yang mendengar ceritanya.

‘Berenti dah sekarang bawak lori hantar barang, jual ikan masin pulak.Haha’ gelak Jaki menamatkan cerita.

p/s- Jaki berpangkat Pak saudara saya, 3 ke 4 pupu.

No comments:

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA

EMASA