Thursday, May 5, 2011

Benar sekali

ALOR SETAR - Orang Melayu hanya akan bersatu sekiranya ada isu atau masalah yang mengancam kedudukan mereka di negara ini, kata Tengku Razaleigh Hamzah.

Jika tiada isu sedemikian, kata Ahli Parlimen Gua Musang, orang Melayu akan terus berpecah dan selesa mengikut ideologi parti politik masing-masing.

“Ramai dalam kalangan orang Melayu sendiri, berada di luar daripada parti politik, malah majoritinya saya rasa tidak menyertai mana-mana parti,” katanya selepas menghadiri Program Himpunan Memantapkan Perpaduan Melayu, anjuran Veteran UMNO Kedah.

Menurutnya, justeru itu, sekiranya ingin menyifatkan perpaduan berlaku dalam kalangan ahli dalam parti politik sahaja, ia tidak memadai memandangkan ranai orang Melayu yang tidak menyertai parti politik.

“Sebab itu saya katakan, kalau ada isu besar yang menggemparkan kedudukan orang Melayu, saya percaya mereka akan bersatu, pada masa itulah mereka akan mencari pemimpin,” katanya.

Mengenai jemputan Datuk Seri Najib Tun Razak agar pas menyertai Barisan Nasional (BN), beliau berkata, Pas menolak cadangan itu kerana perbezaan ideologi politik.

“Pada pandangan saya, penolakan Pas mungkin kerana mereka fikir ideologi mereka berbeza, malah Pas kata dengan DAP walaupun tidak sama ideologi tetapi dapat bekerjasama dengan baik.

“Kalau Pas bersikap begitu, saya tidak fikir DAP akan layan (saranan Najib),” katanya.

No comments:

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA