9 Jun 2011,Waktu petang. Bersiap untuk sambut harijadi Ayah.Dirumah.
Mak- Belikan mee bandung 4 bungkus, mee hailam sebungkus, mee hoon goreng sebungkus sama air Coke 2 botol. Kuah asing tau? Beli kat Warung Mohd Farhan. Nah RM50. Nak pergi beli sekarang ke 6 setengah karang?
MFT-Sekarang (cepat beli cepat balik cepat rehat cepat layan komputer)
Mak-Pergi naik kereta la, motor kau susah nak angkat barang.
MFT-(Diam dan bersiap-siap, ambil kunci kereta dan jalan)
Di Warung Mohd Farhan
MFT-Kak (panggil Akak padahal taraf Nenek saudara, kedai tu saudara mara sendiri punya juga-kes saudara sama saudara tak kenal......he), bungkus mee bandung 4, mee hailam sama bihun 1. Aaaa dengan Coke 2 botol.
Pekedai-Botol besar? Ais tak nak?
MFT-Haa. Botol besar, bolehlah dengan ais sekali.
Ambil tempat duduk, capai Kosmo dari meja sebelah,tunggu order siap.
Coke dan ais (RM2) sampai dulu.
Kurang 10 minit kemudian.
Pekedai-Dik dah siap(sambil duduk mengira semula order tadi). RM30.50, ada 50 sen?
MFT-(Menghulur RM50) Ada, ada. Kejap (menyeluk dompet).
Ambil baki, capai order dan masuk kereta. Jalan. Sampai rumah.
MFT-Nah Mak (hulur order tadi).
MAK-Kuah tak asing?
MFT-Eh?(Erkkkk) lupa pulak.
MAK-Hmm.
Waktu jamuan(kecil-kecilan).
MAK-Laaa....Mak minta mee hoon goreng, ni mee kasar(goreng)......(Geleng kepala)
MFT-(Layan Blues)
Syirik terbahagi kepada 2 jenis:
3 weeks ago
No comments:
Post a Comment