Thursday, September 29, 2011

1-PFA 11000. Kaedah Penyelidikan (Research Methodology). Petang tadi mulai jam 4 dan tamat jam 6. Saya belajar daripada kesilapan minggu lepas- rajin lebih sikit cari dewan kuliah di tempat baru atau sesat dan berjalan kaki 2 km berpusing-pusing.

2-Saya berjumpa dengan 2 lagi pelajar PHD baru (seperti saya). Bagus.

3-Kedua-duanya lebih tua daripada saya dan kedua-duanya juga pensyarah di politeknik.

4-PFA 11000. Di USM dulu juga ada kelas begini pada awal semester 1 tak silap ingatan saya.Orientasi subjek ini pada method penyelidikan PHD atau Master dan lebih bias pada 'pure' kejuruteraan. Contoh-lab.Penyelidikan saya jenis 'applied' dan saya fikir tidaklah saya perlu fasiliti lab untuk kerja saya. Entahlah.

5-Sekarang saya perlu menggerakkan sel-sel ingatan semula tentang perkara yang sama.

6-Saya terperasan waktu melihat di FB seorang cikgu sekolah teknik saya, suaminya adalah Dekan baru fakulti saya. Pusing-pusing berkait.

Wednesday, September 28, 2011

UTM menjengah

1-Sebelum ini saya menghantar tiga permohonan ke tiga universiti- USM APEX, UTM, dan UTHM.

2-UTHM memanggil dulu diikuti USM dan pada hari ini UTM.

3-Yuran UTHM RM2450, USM RM3K dan UTM RM2475. Ini yuran untuk semester pertama sahaja. Yuran semester seterusnya lebih murah.

4-USM sudah tidak dalam senarai kerana masalah jarak (cukup 4 tahun dan perjalanan bas lebih 10 jam).

5-UTHM bagus dan UTM sudah terkenal serata dunia.

6-Saya pernah berjanji dahulu, mana-mana tempat yang menerima saya, disitulah saya akan setia. Dan saya sekarang di UTHM.

7-Antara janji pada diri sendiri dan dilema masa depan.Rasa lebh berat untuk kekal di UTHM, tapi impian saya semenjak dari dulu memang UTM(!).

8-Saya perlu petunjuk Allah SWT.

UTHM PARIT RAJA BATU PAHAT

1-28hb September 2011, hari ini, masuk minggu ke 3 saya menjalani kehidupan sebagai pelajar PHD.

2-Saya perhatikan dan mengikut apa yang saya diberitahu, di Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar, kemungkinan saya seorang saja pelajar PHD baru(!)

3-Anda boleh bayangkan, saya telah menjadi ALIEN.

Thursday, September 8, 2011

Alhamdulillah

1-Syukran, sekarang saya dapat menyambung cita-cita. Hari ini mendaftar di UTHM.Jika dikira hari ini kehadiran pelajar pasca siswazah mencecah 300 lebih orang. Tidaklah berapa ramai tapi dikira selesa.Itu lebih penting.

2-MyPHD. Harapan saya moga terpilih mendapatnya.Jalan baru bermula.

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA