Thursday, September 29, 2011

1-PFA 11000. Kaedah Penyelidikan (Research Methodology). Petang tadi mulai jam 4 dan tamat jam 6. Saya belajar daripada kesilapan minggu lepas- rajin lebih sikit cari dewan kuliah di tempat baru atau sesat dan berjalan kaki 2 km berpusing-pusing.

2-Saya berjumpa dengan 2 lagi pelajar PHD baru (seperti saya). Bagus.

3-Kedua-duanya lebih tua daripada saya dan kedua-duanya juga pensyarah di politeknik.

4-PFA 11000. Di USM dulu juga ada kelas begini pada awal semester 1 tak silap ingatan saya.Orientasi subjek ini pada method penyelidikan PHD atau Master dan lebih bias pada 'pure' kejuruteraan. Contoh-lab.Penyelidikan saya jenis 'applied' dan saya fikir tidaklah saya perlu fasiliti lab untuk kerja saya. Entahlah.

5-Sekarang saya perlu menggerakkan sel-sel ingatan semula tentang perkara yang sama.

6-Saya terperasan waktu melihat di FB seorang cikgu sekolah teknik saya, suaminya adalah Dekan baru fakulti saya. Pusing-pusing berkait.

No comments:

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA

EMASA