Sunday, October 9, 2011

Boleh atau tidak?

1-'Rest in Peace' atau tenanglah disana. Ungkapan ini popular diucapkan terutama waktu seseorang yang ternama meninggal dunia.

2-Saya terbaca baru-baru ini di Wall Facebook seorang kawan FB yang menyatakan '....siap ucap Rest In Peace lagi' sebagai komentar beliau tentang reaksi major kematian Steve Jobs sedang umat Islam di Palestin, Iraq, Afghanistan dibunuh setiap hari.

3-Bolehkah mengucapkan Rest In Peace kepada yang bukan Islam?Saya yang dilahirkan Islam di Malaysia ini sepanjang ingatan saya bergaul sesama Islam, tatkala ada kematian sesama Muslim, kami mengucapkan takziah pada keluarga mereka dan menyedekahkan Al Fatihah selain cuba menziarahi jenazah dan membantu pengebumian. Tidak ada pula mengucapkan "Rest in Peace?". Orang Muslim juga dilarang meratap tetapi boleh menangis sebagai tanda sifat kemanusiaan asal tidak sampai meratap-ratap.

4-Hal ini mungkin sama juga dengan perdebatan bolehkah mengucapkan salam pada bukan Islam? Ada yang kata tidak boleh dan ada yang kata boleh.

5-Saya menjadi ragu dan cara terbaik pabila ragu ialah meninggalkannya. Tapi saya turut mengkaji dan menemui 1 cerita yang Nabi SAW pernah memberi salam disatu tempat yang ada orang Islam dan bukan Islam sedang berkumpul.

6-Apakah titik pertemuan perdebatan boleh dan tidak boleh ini?Ini mengingatkan saya pada 1 hadis Nabi SAW yang lebih kurang begini- "Yahudi dan Nasrani tidak akan senang sehingga kamu mengikuti cara mereka" dan "Untuk kamu agama kamu dan untuk aku agama ku."

7-Begitu juga persoalan bila Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha jatuh pada hari Jumaat, perlukah kita ke masjid untuk solat Jumaat selepas kita pada pagi harinya telah ke masjid? Kita tahu hukum sunat untuk solat Hari Raya dan hukum wajib untuk solat Jumaat. Saya mencari sedikit berkenaan hal ini dan menemui pendapat-

1) Mazhab Hanafi: Solat Jumaat wajib ditunaikan. Solat sunat hari raya tidak menggugurkan kewajiban solat Jumaat.
2) Mazhab Maliki: Solat Jumaat wajib ditunaikan. Solat sunat hari raya tidak menggugurkan kewajiban solat Jumaat.
3) Mazhab Shafie': Wajib menunaikan solat Jumat bagi penduduk kampung yang bermastautin dan gugur tuntutan tersebut bagi penduduk dari kampung yang berlainan. Pandangan ini merupakan pandangan Imam Shafie' yang sahih.
4) Mazhab Hambali: Tidak wajib solat Jumaat samada penduduk tetap atau tidak. Kewajiban solat Jumaat gugur selepas mendirikan solat sunat hari raya tetapi wajib solat zohor.

Bagi kita di Malaysia saya cenderung supaya kita mengikut fatwa yang telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor seperti berikut:

"Alhamdulillah Fatwanya:

Pada hari itu ( Aidilfitri dan Aidiladha jatuh pada hari Jumaat ) kewajipan menunaikan solat fardu Jumaat diwajibkan ke atas lelaki muslim yang bermastautin dan ahli Qariyah setempat.

Adapun orang yang bukan ahli Qariyah setempat yang ingin pulang menziarahi ahli keluarganya, dizinkan dia pulang untuk tujuan berziarah dan kembali semula mereka itu untuk mendirikan solat fardu Jumaat, jika dia berkuasa berbuat demikian. Adapun jika tiada berkuasa berbuat demikian ( hadir semula ke masjid untuk menunaikan solat fardu Jumaat ) maka tiada berdosa. Tetapi adalah lebih baik jika mereka yang terlebih agar menunaikan selepas solat Aidilfitri sehingga selesai solat fardu Jumaat.

Adapun mereka yang di bolehkan meninggalkan solat Fardu Jumaat adalah beberapa golongan :

1) Kaum wanita
2) Lelaki yang bermusafir
3) Hamba
4) Lelaki yang sakit ( uzur syar"ie )

Solat fardu Jumaat adalah merupakan satu syiar daripada syiar-syiar Agama Islam yang perlu dijaga dan dilaksanakan. Berjamaah di dalam menunaikan solat fardu Jumaat adalah wajib fardu ain ( yang dikehendaki dilaksanakan oleh setiap muslim yang cukup syarat-syaratnya berbuat demikian ).

Islam sentiasa memberi perhatian terhadap perpaduan dan kesatuan di kalangan umat Islam dan melarang sama sekali wujudnya punca-punca yang mengakibatkan perselisihan faham dan perbezaan pendapat yang akhirnya membawa kesan negatif kepada penduduk setempat".

Sebagai kesimpulan, permasalah ini berlaku khilaf ulama. Adalah wajar dalam beramal dalam masalah khilaf yang menyentuh pandangan orang ramai agar dapat mengelak daripada berlaku perbezaan dan perselisihan yang tidak sihat. Apalagi masyarakat Islam di Malaysia masih ramai yang jahil dan sifat keterbukaan mereka masih di tahap yang rendah.

Sekian والله أعلم بالصواب

Rujukan:
1) Fiqh Sunnah, Syed Sabiq.
2) Raudhah at-Tolibin, Imam Nawawi.
3) Bidayatul Mujtahid: Ibnu Rusyd.
4) Fiqh Muyassar, Ahmad Isa 'Ayur.
5) Pelbagai.

Disedikan oleh:
Ustaz Ahmad Zainal Abidin
Setiausaha MUIS


8-Saya cuma bertanya dan cuma berniat agar kita semua lebih rajin mengkaji agama kita dan belajar serta beramal kerana itulah yang akan menjadi lesen selepas alam dunia ini. Wallahualam.

p/s-'Rust in Peace' (Dave Mustaine)

2 comments:

Dr. Bentara said...

Logiknya, ucap selamat kepada si mati bukan Islam di dalam kubur boleh bagi dua maksud:

1. Sindiran
2. Tak tau boleh ke tak

Seingat saya, agama melarang kita mendoakan kesejahteraan golongan ini setelah masuk alam hereafter. Contoh, seseorang masuk Islam tapi mak bapaknya tidak. Bila mak bapaknya mati, si anak dilarang doa kesejahteraan mereka.

Anyway, paling baik tanya orang alim.

MFTAQIYUDDIN said...

Itulah apa yang saya fikir Doktor.

Kita yang Islam dan Insya Allah mati dalam Islam pun tak tahu keadaan kita dalam kubur nanti. Apatah lagi yang bukan Islam.

Bukanlah kita menolak sesuatu yang berlandaskan kemanusiaan, tapi kita kena ingat ada peringatan dalam Islam yang lebih kurang begini-Jika kamu mengikut orang kebanyakkan, maka kamu akan sesat.

Memang lebih baik kita rujuk pada yang lebih arif.

Wallahualam.

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA