Thursday, October 13, 2011

Di 'Sea side' Pontian

Malam. Selepas pulang bekerja (selepas SPM) aku dan seorang sepupu berpangkat abang-Jo berpusing-pusing di Bandar pontian;- dengan basikal.

Mengikut ke mana saja terasa mahu pergi. Ada masa berduit, kami pergi makan rojak disebelah jambatan Sungai Pontian berhampiran Jalan Bakek. Ada masa lain kami berpusing-pusing di kawasan sekolah rendah kami. Mengimbas kenangan lama.

Kemudian kami berhenti berehat di kawasan taman permainan kanak-kanak di tepi laut atau zaman sekarang orang Pontian panggil 'sea side'.

Kebetulan juga, seorang pekerja Majlis Daerah Pontian yang bertugas mengawasi kemudahan di taman permainan ini, juga adalah jiran kami. Berketurunan India. Sangat peramah. Ayalla namanya.

Beliau ada di wakaf taman permainan malam itu, jadi kami pun menyertai beliau yang sedang menunggu masa shift beliau tamat. Pelbagai perkara kami bualkan, kebanyakkannya bertanya tentang pengalaman beliau bekerja.

POMM!!!!

POMMM!!!!

Kami menoleh ke belakang. 2 orang berbangsa Cina bermain mercun dengan selambanya. Siap dengan mercun yang jenis terbakar cantik dilangit itu. Seronok juga melihat.

Letupan demi letupan. Hampir 5 minit.

Kami sambung berbual setelah keadaan menjadi sunyi.

''Hah, tengok tu. Sudah kena tangkap'' kata Ayalla tiba-tiba sambil menunjuk kepada lokasi 2 orang Cina tadi.

"Patut kena tangkap, main mercun sini belakang tau ada rumah berek polis lagi mahu bakar-bakar " tambah Ayalla lagi.

Aku dan Jo tersenyum saja.

Teringat bila tiba satu malam kebesaran orang Cina, mana polis?

No comments:

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA