1-UIAM, UPSI, UKM, UiTM Shah Alam, USM, UTM, UTHM. Adalah pusat pengajian tinggi Malaysia yang pernah saya lawati dan menjadi siswanya (USM dan UTHM).
2-Tidak berniat membandingkan yang mungkin mendatangkan presepsi negatif, kesemuanya unggul dalam mendidik anak bangsa.
3-Cuma dimana-mana nilai 'kasta' itu ada. Jika anda serius faham maksud saya. Rasa kekitaan itu menjadi penghalang perkembangan yang positif. Saya juga pernah dan mungkin masih tergolong dalam kelompok begitu. Mungkin ini memang budaya di Malaysia.
4-Contoh yang paling relevan, memangsakan nilai 1Malaysia sebentar, ialah percampuran dan tahap kebolehpercayaan antara kaum di universiti. Saya tidak faham kenapa ada kaum yang masih lagi terasa mereka di Funan hingga kami Bumiputera terpaksalah berkorban sedikit. Hal ini seperti luka yang tidak sembuh sembuh.
5-Itu satu sebagai contoh jika anda serius tidak faham. Kita kena terima, make best of what's available (Dr "Bentara" X-Langsuyr,2011).
6-Manipulasi ialah kata kunci.
7-Positifnya pasti ada. Saya percaya fasiliti yang disediakan sekarang jauh lebib baik berbanding zaman 60, 70, 80, 90 an dan awal 2000. Contoh kemudahan pembiayaan pinjaman PTPTN. Saya pernah terbaca dahulu dalam laman maya yang pelajar pada tahun 70 an selepas mendapat tawaran kemasukan universiti perlu berusaha memohon biasiswa. Yang gagal atau memang tidak mampu terpaksalah melupakan.
8-Saya berterima kasih kepada kerajaan memerintah yang memang membangunkan universiti hingga ke tahap yang begitu membantu. Jika tidak masakan universiti kita. awam atau swasta, mampu menarik ribuan pelajar asing. Cuma mungkin lebih banyak daripada negara-negara Afrika.
9-Apa pun, selepas anda membaca tampalan ini, kalau tak banyak yang anda setuju atau terasa mahu membidas, sekurang-kurangnya saya mahu anda setuju satu saja- belajar di universiti adalah kenangan terbaik sepanjang hidup.
Syirik terbahagi kepada 2 jenis:
3 weeks ago
2 comments:
Betul tu, saya memang setuju dengan Abang MFT yang zaman universiti paling best.
Terima kasih bagi komen, saya akan ikut nasihat Abang MFT dalam nak menyesuaikan diri dengan keadaan. Dan cuba terima dengan seadanya dan cuba jadikan zaman univeristi yang terbaik dan indah untuk dikenang.
Dan terima kasih jugak sebab post entry ni, ada jugak benda yang saya terlepas pandang.
=D
Alhamdulillah.
Good luck selalu ye.
Bakal Dr ni kan?Bagus.
Post a Comment