Tuesday, October 18, 2011

Progres (p1)

Saya membaca artikel- Sustainable Development: The Next Generation of Business Opportunity oleh Hedstrom G., Poltorzycki S., dan Stroh P.. Saya harap boleh berkongsi sedikit dengan pembaca (yang berminat). Begini:

2-Artikel ini berasaskan kajian Arthur D.Little (1998) yang menyatakan 95% syarikat berpandangan 'genuine' perihal kepentingan Pembangunan Lestari, dan 83% nampak nilai perniagaan dalam melaksanakan inisiatif mesra alam sekitar. Pada masa yang sama, sebilangan 'leaders' dalam industri besar (terutama pembinaan) ragu-ragu berkaitan permulaan penyertaan bisnes dalam jalur pelestarian, terutama dalam jangka pendek (daripada skop bisnes).

3-2 peluang perniagaan yang diketengahkan dalam artikel ini ialah- mengelakkan terbantutnya perkembangan melalui pengecutan operasi bisnes (kerana Pembangunan Lestari berpotensi besar menjadi 'trend') dan rintis jalan baru kejayaan melalui produk baru, teknologi terbaru dan kelangsungan bisnes untuk berkembang, berinovasi dan membesar.

4-Akarnya ialah bagaimana dengan menggunakan nilai 'core' bisnes dan sasaran syarikat, untuk eksplorasi Pembangunan Lestari; menguji nilainya, mencapai sasaran pasaran serta pengetahuan berkaitan pasaran-melalui tindakan yang pertama kali diambil. Pendek kata siapa mula dulu dia dapat dulu.

5- Faedah terdekat dan menarik pada pemikiran dan budaya dalam syarikat (melalui sensitiviti Pembangunan Lestari) ialah:-

  • -Membuka cara baru dalam inovasi produk, pemprosesan dan hubungan pemegang saham
  • -Memperpanjangkan pengetahuan dan kreativiti melalui keterujaan dan semangat para pekerja
  • -Melancarkan keboleh upayaan sebagai organisasi yang sedia belajar perihal Pembangunan Lestari.
  • -Meluaskan imej dan mempertahankan hak operasi dan pertumbuhan melalui dimensi sosial Pembangunan Lestari


6-Tentukan arah bisnes-Bagaimana memperbaiki arah syarikat untuk menjadi pemain perintis dalam Pembangunan Lestari? Syarikat boleh bermula dengan melihat konsep (lihat ancaman dan peluang sedia ada), yang dihubungkan dengan kekuatan asas dan objektif syarikat. Ini boleh menjadikan Pembangunan Lestari menjadi lebih realisitik kerana selaras dengan akar syarikat.

7-Definisi yang luas diguna berkaitan Pembangunan Lestari ialah- cara terbaik memenuhi keperluan pada zaman kini tanpa sedikit pun kompromi yang boleh menjejaskan keperluan pada zaman depan. Syarikat yang mengejar kestabilan dan prosperiti tidak saja dalam jangka pendek malahan pada jangka masa panjang. Dalam bahasa pelaburan ia dikata-'Living off Earth's income, not it's capital'.

8-Manusia memerlukan keselesaan sebanyak mungkin yang dia akan dapat, maka akan ada permintaan(demand) yang pada masa sama mengancam sumber alam. Disinilah Pembangunan Lestari bertindak sebagai adiwira dalam membentuk semula keupayaan pengeluaran (supply) melalui nilai kemanusiaan, campurtangan kerajaan dan 'pembelokan tajam' dalam memenuhi lengkok permintaan.

7-Bagi syarikat yang berminat dan mahu memperelokkan strategi, boleh bermula dengan:

  • Penilaian realiti terkini dan 'trend' sekarang
  • Memeriksa apakah visi yang mahu dibentuk
  • Mewujudkan keputusan yang boleh diukur dalam mengejar pencapaian visi
  • Mereka strategi bagi merapatkan jurang persoalan 'dimanakah kedudukan syarikat masa kini?' dan 'kemanakah hala syarikat kelak?'

8-Beberapa contoh syarikat diberi seperti Unilever yang menganalisis kitaran bisnes besar mereka untuk memahami impaknya persekitaran global. Penemuan Unilever itu kemudian dijadikan 1 pendekatan yang inovatif buat mendekati pelestarian praktis bisnes perikanan mereka. Shell pula mengambil 'cermin' dan merumuskan "Kami berdiri didepan 'cermin' tadi dan melihat sendiri, takjubnya kami sendiri tidak menyukai apa yang kami lihat. Sekarang kami mahu memperbetulkan keadaan"

9-Impak (kesan daripada praktis bisnes sedia ada) datang dengan peluang bisnes baru-Asalkan mahu melihat. Contoh Monsanto menghasilkan hasil tanaman bebas serangga berbanding penggunaan racun serangga(artikultur). Interface (syarikat global mengeluarkan tekstil dan karpet) mewujudkan karpet kitar semula. Electrolux pula mengeluarkan mesin basuh yang jimat tenaga.

10-Kaji 'trend' akan datang dan pemboleh ubah yang membentuk (peluang bisnes) masa depan-Pengurangan sumber dan peningkatan populasi berkemungkinan dan sentiasa mewujudkan tekanan pada ekonomi, kualiti persekitaran dan ekuiti sosial. Sekarang kita memang tidak dapat melihat kesannya. Tapi cuba bandingkan keadaan 50 tahun dulu dan sekarang? (suku tanah bumi untuk telah hilang, 1 per lima daripada tanah pertanian lesap, dan 1 pertiga hutan tumbang dan atmosfera atas telah berubah).

11-Kenalpasti kekuatan- IKEA membina jaring perniagaan yang kukuh melalui pemerhatian pada sumber alam, kekuatan IKEA sendiri dan produk barangan pada harga mampu dibeli. Ini menjadi alatan yang berguna dalam membentuk strategi bisnes.

12-Tentukan visi bisnes-Visi menjawab persoalan "Apa yang kita mahukan?" dan memfokus pada imej dimasa depan. Strategi pula menjawab persoalan "Bagaimanakah kita mencapai visi tadi berpandukan realiti dengan cara paling baik sekali?"

13-Mewujudkan keputusan yang boleh diukur-Hargai aset sedia ada syarikat dan melaburlah sama banyak pada aset itu (pengetahuan dalaman organisasi, pembentukkan skil, atau perhubungan pemegang saham).


Bersambung.

2 comments:

ATHIRAH AZLAN said...

Komen untuk blog seramketakutan. Saya tak boleh nak komen di situ. Tak tau kenapa. Kena post dekat blog kilat senja ni lah.

Setelah sekian lama baca, baru hari ni berpeluang nak komen.

Cuma nak bagitau yang saya memang selalu follow blog seramketakutan abang MFT ni. Teruskan menulis ya! Saya sangat enjoy membaca. =D

Oh ya, abang MFT ni orang utara ka?

MFTAQIYUDDIN said...

Tak lah. Saya orang selatan. Cuma dok ngaji 4 tahun di Penang dulu.

Tak boleh komen bloh sana na?Sat cek pi periksa.

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA

EMASA