Tuesday, October 25, 2011

Ilmu LP

Disclaimer-Saya tidak memiliki sebahagian besar informasi, asal usul, gambar foto dan apa-apa yang mungkin diketengahkan kelak bertujuan atas isu hakcipta atau apa-apa sebab yang jelas.

Tujuan penulisan ini ialah untuk memperkayakan Bahasa Melayu selain kepentingan pengetahuan awam dan bukan atas dasar komersial.


Tumpuan akan diberikan pada gitar keluaran Gibson dengan model Les Paul (Standard/Custom) kerana:
  1. Saya mula mengkaji sedikit sebanyak berkaitan pemalsuan gitar ini melalui jenama dan model disebut diatas;
  2. Telah wujud budaya mengiklankan gitar tiruan/palsu/bohong ini di Malaysia dan perlunya kesedaran dan ilmu sebelum lebih ramai menjadi mangsa, dan anda sendiri mungkin terdedah pada risiko;
  3. Apa-apa saja diatas sebab yang jelas

Anda boleh mendapatkan informasi lebih di internet bagi menambahkan pengetahuan, kerana di Amerika anda, ilmu anda berkaitan sejenis gitar saja memungkinkan anda menjadi pakar rujuk yang penting.


1-Definisi 'fake'- having a false or misleading appearance/one that is not genuine or authentic.

2-Definisi 'replica'- copy or reproduction of a work of art produced by the maker of the original or under his or her supervision/any close or exact copy or reproduction

3-
Syarikat Gibson adalah antara pemain utama/pemuka dalam industri gitar dunia. Gitar-gitar keluaran mereka terutama yang direkabentuk pada tahun 50 an mendapat sambutan yang sangat hebat hingga ke hari ini. Model Les Paul dikeluarkan pada 1952 (Gold Top) dan kemudian Custom dan model Junior (1954), dan model Standard (1958).

LP Goldtop 1952 with trapeze bridge



LP Custom with P90 (VOS pic)


Pic says it all


4-Model-model seperti Les Paul (LP),SG,Explorer,Flying V dan sebagainya telah menjadi rekabentuk yang diminati ramai sementelahan ramai pula golongan artis pelbagai genre muzik yang menggunakan alatan muzik keluaran Gibson.

5-Jika dilihat sambutan masyarakat sekarang pada gitar keluaran Gibson seperti LP sendiri, agak ironik kerana sewaktu dikeluarkan dahulu pada tahun 50 an ia kurang mendapat sambutan hingga dihentikan pengeluarannya pada 1961.

6-Namun apabila pemuzik-pemuzik legenda mula menggunakan LP, seperti Eric Clapton, Michael Bloomfield, Jimmy Page, Peter Green,Keith Richard dan ramai lagi-Gibson telah mengeluarkan (reissue) semula gitar LP tadi pada 1968.

7-Maka gitar-gitar buatan sebelum tahun diberhentikan itu telah menjadi buruan ramai orang samada peminat artis-artis legenda itu, pemuzik, pengumpul dan lain-lain.

8-Perlu diterangkan disini, penulisan ini lebih berat pada model LP standard dan LP Custom kerana 2 model ini sangat digilai dan paling terkenal. Dan inilah antara model yang banyak dipalsukan dan dijual sebagai asli (dengan harga premium).

Bersambung.


2 comments:

Dr. Bentara said...

mahal bebenor.

MFTAQIYUDDIN said...

Buat belanja kahwin pun sodap yo Dr?

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA