Wednesday, October 5, 2011

Isnin, 8 setengah pagi

1-Saya bertemu dengan penyelia dan disertai seorang senior PHD tahun 2 pada hari dan jam diatas untuk membincangkan tajuk proposal saya- Lean Construction to catalyst Sustainable Development. Biar saya ceritakan serba ringkas tentang senior tadi. Sambal cerita.

2-Beliau orang Pakistan. Mengambil Msc di Hong Kong dan bertukar angin untuk PHD ke Malaysia kerana suasana di sini lebih selesa. Mengikut ceritanya, beliau ditegur Professor, yang beliau pulang terlalu awal sebagai seorang pelajar sarjana pada jam 10 setengah malam(!!). Kami (saya dan penyelia) tergelak mendengar ceritanya. Senior ini membantu saya kerana beliau ada menulis buku tentang 'Lean Construction' yang juga ada dalam penyelidikan saya nanti (Insya Allah).

3-Beliau mengatakan pernah bekerja 2 (atau 3 tahun) dalam industri pembinaan. Penyelia saya sebelum itu memang ada menyebut tentang senior saya ini sebagai '1st class student' di Pakistan. Memang ada banyak info dan idea boleh didapati daripada senior saya ini.

4-Senior ini tadi menyambung cerita beliau dilarang pulang ke Pakistan walau pada hari raya Aidilfitri, oleh bapanya seorang Professor di negara mereka, kerana bapanya berpendapat ''The only holiday for you is when you already got your PHD degree''. Mudahnya kena selalu 'keep up'.

5-Teringat pula cerita pensyarah PFA 11000 saya, Dr Angzzas Sari bercerita pengalamannya di UK, seorang kawan PHD beliau bercuti 2 minggu, naik saja cuti tajuk tesis PHD beliau perlu diubah kerana ada pelajar lain turut menggunakannya. Mudahnya perlulah berhati-hati. Betul juga, bukan kajian tahap doktoral jika ada 2 tajuk yang sama pada 1 masa.

6-Saya akui penguasaan Bahasa Inggeris saya sedikit saja baik daripada majoriti kawan Melayu saya (yang bukan dari daerah urban). Maka cabaran saya yang anda (pembaca) sudah nampak disini ialah masalah bahasa. Ditambah lagi saya memerlukan input daripada senior tadi yang penuh 'accent' Pakistan beliau, agak menambah sedikit 'lion share' dalam masalah lingua saya.

7-Bagaimanapun saya perlu kuat dan menyedari perlunya bertindak pantas. Pesan cikgu tuisyen tahun 6 saya (1998) ''Zaman sekarang bukan lagi biar lambat asal selamat, tapi biar cepat asal selamat''.

8-Balik semula pada perjumpaan dengan penyelia dan senior tadi, kami berbincang pelbagai perkara tentang proposal saya. Mujurlah penyelia saya sendiri adalah senior saya (beliau mengambil Msc Build Tech di HBP USM pada 1997) dan menyedari tahap Bahasa Inggeris saya, maka beliau banyaklah menjadi medium. Walau bagaimanapun kami berbual 100% dalam Bahasa Inggeris. Saya? Agak kaku juga. Resolusi dicapai ialah saya diminta membentangkan aspek/masalah dalam 'Sustainable Development' sebelum mencari kaedah terbaik daripada falsafah 'Lean'.

9-Mujur juga di USM dulu kami di ajar skill pembentangan, saya guna sedikit ilmu itu. Walaupun beza jelas seperti langit dan bumi.

10-Tapi dalam hati saya cuma ada 1 saja- SERONOK SERONOK SERONOK

2 comments:

Dr. Bentara said...

baru best boleh komen. Teruskan.

MFTAQIYUDDIN said...

Insya Allah. Minta tunjuk ajar Dr.

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA