1-Setahu saya sepanjang saya hidup bermula dari masuk sekolah rendah sampailah SPM, selalu sangat didengar orang lepas dapat ijazah akan bekerja sebagai doktor, peguam, jurutera, cikgu sekolah, kerani dan lain-lain tapi seingat saya jarang dengar yang buat Master dan PHD.
2-Waktu itu tak terfikir sangat pun. Nak masuk universiti pun tak tahu dapat masuk atau tidak. SPM itu pun dah terasa susah sangat.
3-Kuasa Allah, buat juga saya PHD sekarang. Walau taklah segah yang bertuah dapat biasiswa tajaan ke luar negara, Alhamdulillah jugalah. Tapi dalam hati rasa juga cuak- mampu ke?
4-Fikir-fikir balik kalau anda teliti latarbelakang pendidikan saya, pasti anda tergelak mengetahui apa yang saya sedang buat sekarang.
5-Disekolah dulu saya dikategori pelajar lembab. Kelas pun paling hujung. Waktu itu masyarakat masih tidak begitu tahu tentang masalah pelajar lembab tidak semestinya pelajar itu benar-benar lembab, maksud saya pernah dengar disleksia? Saya seorang 'dyslexic'. Walau tak pernah didiagnosis, saya tahu saya ada simptom-simptomnya. Bukan saya saja, ramai lagi- Einstein, Da Vinci, dll
6-Saya malas mahu menulis kenangan pahit disekolah dulu, tapi yang pasti Allah Maha Kaya. Allah is GREAT!!!! Ditambah berkat doa Emak tercinta. Cuma sekarang terpulang pada usaha saya.
Blog yang usang
2 weeks ago

1 comment:
welcome to the Permanent Head Damage club.
Post a Comment