1-Dalam mencari maklumat, terutama pada peringkat pengembangan idea (dan kajian literatur), rujukan yang mencukupi adalah perlu. Soalnya apakah indikator untuk rujukan yang bagus?
2-Kalau di zaman 'undergraduate' dulu, Google adalah teman paling rapat. Ambil saja (copy) dan letakkan pada tugasan anda (paste). Siap. Plagiat? Janganlah sampai nampak sangat. Jadi letakkan #######. Cari sendiri. Saya tak mahu mengajar ajaran sesat (Arman Razak,2010).
3-Setiap universiti yang ternama akan mempunyai kemudahan pencarian maklumat yang luas. Pihak universiti akan mengadakan kerjasama dengan pihak luar yang mengarkibkan (banyak yang bertujuan komersial) sumber rujukan. Seperti Emerald, Science Direct dan lain-lain. Pelajar yang rajin bolehlah mendapatkan kata laluan melalui perpustakaan universiti masing-masing.
4-Jika ketiadaan rujukan seperti artikel, jurnal, tesis dll pada pihak yang menjalinkan kerjasama seperti diatas, kebiasannya boleh dimaklumkan pada pihak perpustakaan universiti untuk tindakan selanjutnya melalui pinjaman atau pembelian. Pembayarannya terpulang samada melalui geran, peruntukkan universiti atau poket pelajar sendiri.
5-Soalnya disini, pelajar tidak lagi semestinya perlu menjadi pengunjung perpustakaan secara sepenuh masa, bergantung pada individu, dengan penggunaan kemudahan yang disediakan maka semua dihujung mata dan jari saja.
6-Berbalik pada apakah indikator untuk rujukan yang bagus? Saya sendiri pun masih samar-samar lagi.
7-Tapi idea asasnya ialah mencari nama ahli akedemik yang memang pakar dalam bidang berkenaan dan banyak menghasilkan artikel penyelidikan, kertas kerja, pembentangan, dan lain lain. Seperti kes saya, nama yang selalu saya cari ialah Lauri Koskela, Howerd, Ballard, AbdelHamid, dan lain-lain. Untuk penyelidik dari Malaysia, saya merujuk Dr Rozana (UTM), Dr Nazirah (USM) dan lain-lain.
8-Anda juga perlu bermain-main dan kreatif dalam mencari kata kunci dalam mencari.
p/s-teringat kata-kata seorang pensyarah yang mana beliau lebih rela melakukan 3 kali Master daripada mengulang PHD. Saya tersentap juga bila mendengar begitu.
EDU-kasi: Anak Angkatku, Mohd Aiman
5 days ago
No comments:
Post a Comment