Thursday, October 6, 2011

Kedai-kedai

1-Tabiat saya kalau berada di tempat-tempat luar daerah saya, dalam kotak fikiran akan selalu ada 2- kedai buku dan kedai muzik.

2-Kedai buku seperti Popular, Borders, MPH dan lain-lain memang jadi tempat kegemaran saya kalau ke tempat-tempat beli belah mewah atau separa mewah. Apa saya mencari buku-buku teknikal? Apa saya mencari penulisan falsafah? Apa saya mencari majalah kartun? Saya mencari majalah berkaitan gitar. Pilihan utama saya- Guitar World. Kalau ada duit lebih barulah mencari buku-buku lain.

3-Sedihnya untuk menyatakan disini, terutama di kedai-kedai buku elit, koleksi penulisan Bahasa Melayu selalunya sedikit saja jumlah stok, malahan ada yang ditempatkan ditempat terpencil/tersorok. Yang mendominasi ialah Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina.

4-Sekarang saya kembali ke Batu Pahat setelah 8 tahun. Saya sudah ke BP Mall mencari majalah kegemaran saya tapi tidak berjumpa. Mungkin perlu menjenguk Summit (pasaraya paling popular dahulu sebelum diganti BP Mall sekarang) pula.

5-Menurut kawan yang berasal dari Batu Pahat ini, saya disarankan mencari sebuah kedai gitar di BP Mall, malangnya saya terlupa waktu saya berpusing-pusing didalamnya. Kalau di Batu Pahat ini, saya tahu kawasan berhampiran perhentian bas utama ada kedai gitar Sandman. Mungkin ada kesempatan saya jengah. Jengah saja dulu, ada ongkosnya pasti saya sambar 1. Ibanez sebuah.

No comments:

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA

EMASA