Thursday, October 13, 2011

Kenangan muzik (p1)

Kami adik beradik lelaki (3 lelaki 1 perempuan) semua minat bermuzik dan tahu bermain gitar. Aku mendapat sebuah gitar Kapok warna alami diikuti dengan abang dan adik aku yang lain bila kami berebut-rebut bermain gitar Kapok milik aku tadi.

Adik aku- Aie dapat sebuah berwarna merah 'sunburst' dan Abang aku dapat sebuah berwarna hijau coklat sunburst. Dominasi Kapok.

Mula-mulanya aku menyuarakan pada Ayah aku untuk belajar bermain dram, kerana terpengaruh dengan Lars Ulrich dalam konsert S&M, tapi Ayah aku tidak bersetuju.

Mujur Emak (I love you Mak) memahami dan cuba memujuk Ayah. Setelah berbincang, Ayah dan Emak bersetuju, tapi bukan dram. Gitar. Begitulah mulanya.

Tapi aku mempunyai keras hati dan kepala sendiri, niat dihati tetap mahu bermain dram. Jadi pada mulanya aku memandang sepi gitar dibeli. Namun lama kelamaan cinta pun tiba.

Aku belajar gitar dengan seorang sepupuku- Abang Ngah Dan. Beliau ini memang handal bergitar dan pernah bermain untuk kugiran Majlis Daerah Pontian. Cumanya beliau tidak mempunyai skil mencukupi untuk mengajar. Mungkin kebosanan dan tetap mahu menggalakkan aku belajar bergitar, Abang Ngah Dan memberikan aku sebuah buku kord.

Daripada situ aku mula belajar lagu pertama-Bengawan Solo.

Daripada situ aku mula berkembang kemahiran apabila mula pula mempelajari lagu-lagu Metallica. Kerana terpengaruh dengan Kirk Hammett, aku cuma mahu menyolo saja.

Lupa pula, kord pertama aku belajar ialah A minor.

2 comments:

Dr. Bentara said...

adik beradik boleh buat band dah tu

Fullhouse Ninety Nine Trading said...

Kalau dah minat... =)

Kami ada menjual dan membekalkan pelbagai jenis alat muzik dengan harga terendah.. Sape yg berminat boleh la visit store kami di http://fullhouseninetynine.blogspot.com/

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA