Saturday, October 8, 2011

Marriage VS PHD

PHD win!!!

p/s-1 perkara untuk kita fikirkan

8 comments:

Dr. Bentara said...

I was married when I was doing my MSc in UTM.

Pesan Nabi s.a.w. tiga perkara kena cepatkan 1. Kebumikan mayat 2. Solat bila masuk waktu 3. Kawin bila dah bersedia.

MFTAQIYUDDIN said...

Assalamualaikum Doktor Ibrisam.

Betul tu Doktor, pesan Nabi SAW pun tepat.

Kalau boleh saya tambah (pesan Nabi SAW- Kamu lebih mengetahui urusan dunia kamu) ialah ekonomi kena kuat dulu. Dan ilmu pun mesti cukup syarat.

Barulah boleh mengambil tanggungjawab besar dalam mendirikan rumahtangga.

Terima kasih untuk keikhlasan komen Doktor.

p/s-saya pun kalau cukup syarat nak juga kahwin waktu Msc dulu, tapi Allah SWT lebih tahu apa yang lebih baik dulu.

Dr. Bentara said...

ekonomi saya masa buat MScc semata2 pakai elaun RM1.2K dan gaji isteri guru sandaran (RM1.4K). We start from zero. Naik moto kapcai je. Kenduri belah laki pun tak buat.

Kawin adalah ibadat? Mungkin sebab itu Nabi pesan secara spesifik?

But it take your other half to make that decision to get married. Kalau dia pun tak paham, akan jadi susah.

Kebanyakan pelajar undergrads (wanita) sekarang yang saya tanya rata-rata nak tunggu ada kereta sendiri dan rumah sendiri baru nak kawin. By the time semua tu dah ada, umur dah lepas 30 dan peluang kawin jadi semakin nipis.

Fahami maksud agama dalam berkahwin dan tengok pesanan2 Nabi dan kisah para sahabat r.a. tentang hal ini. Nabi s.a.w. tak pentingkan banyaknya harta, besarnya kenduri, ramainya jemputan dalam urusan ini. Inilah kehendak sebenar nabi s.a.w. dalam hal dunia berkenaan dengan kawin.

Dr. Bentara said...

Ilmu cukup syarat sebelum berkawin? I really want to know about this. Please elaborate.

MFTAQIYUDDIN said...

Ilmu cukup syarat yang saya maksudkan ialah ilmu agama dan ilmu berkaitan rumah tangga.

Kawan perempuan yang saya kenal mempunyai ilmu agama yang agak baik dan saya sebagai bakal ketua keluarga mestilah seimbang atau lebih baik lagi daripada beliau.

Yang berkaitan rumah tangga seperti kemahiran timbang tara dan penggunaan ketegasan pada waktu memerlukan, itu antara yang saya masih tak perhalusi lagi.

Tambahan pula saya mendapat nasihat daripada Ayah saya yang wajib saya hormati supaya memantapkan dulu ekonomi.

Pesan Nabi SAW memang benar.

Cuma saya tak maksud menambah apa yang telah dinyatakan Baginda SAW, pendapat saya ialah saya tak mahu berlaku sesuatu yang tak sepatutnya jika perkahwinan itu dijalankan dan kemudian bermasalah yang membawa kepada sesuatu yang lebih buruk kerana tak cukup ilmu.

Contoh perceraian>kesan pada anak>kesan pada mental>dan lain-lain.

Tambahan Nabi SAW berpesan mencari ilmu sebagai jihad, lebih kurang begitu.

Mungkin itu relevannya kursus kahwin?

MFTAQIYUDDIN said...

Saya setuju pendapat Doktor untuk memahami maksud agama dalam berkahwin dan tidak mementingkan materialistik semata.

Saya setuju sangat, malah saya sendiri tak gemar sesuatu pernikahan yang melebihi kemampuan pasangan bernikah.

Nabi SAW berpesan, yang lebih kurang begini- pernikahan yang baik itu adalah yang mudah maharnya.

Cuma kita sukar sekali menolak apa yang telah menjadi kebiasaan dalam masyarakat iaitu penyediaan hantaran yang mahal-mahal, belanja nikah yang besar-besaran dan lain-lain.

Saya tak pasti lagi bahagian saya (waktu nak bernikah nanti), jadi lebih elok saya bersedia daripada segi menambah ilmu dan memantapkan ekonomi.

Saya faham maksud Doktor yang sebenarnya,Insya Allah.

Miss Rara said...

Assalamualaikum,

Ni memang betul betul nak menyelit.

Ni Abang MFT yang selalu post cerita hantu dalam Cerita Hantu Aimanku kan?

Baru-baru ni saya ada lawat website Cerita Hantu Aimanku, tapi tak jumpa. Apa dah jadi eh? Lagi satu, abang ada simpan lagi tak semua cerita yang dihantar? Saya memang paling suka baca cerita abang lah.

MFTAQIYUDDIN said...

Athirah Azlan

Ya betul Website Aimanku rasanya dah tak ada lagi. Mungkin Admin dia dah tak minat teruskan lagi. Wallahualam.

Tak semua cerita ditulis saya dalam Aimanku/Ceritahantu ada dalam simpanan saya. Saya pun tak sempat untuk simpan semua cerita yang dihantar pada web Aimanku itu.

Tapi boleh rujuk blog list saya dibawah, saya wujudkan 1 blog (seramketakutan.blogspot.com) untuk arkib cerita-cerita penulisan saya yang terselamat dulu.

Terima kasih kerana berminat dengan penulisan saya.Cukup seorang minat pun buat saya lebih rajin menulis lagi, Insya Allah.

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA