Sunday, October 2, 2011

Mungkin kerana darah gemuruh, saya mahu bercakap pasal gitar pula.

1-Tampalan sebelum ini menjurus kepada apa yang saya lakukan sekarang. Tesis tesis tesis tesis. Bosan juga lah bercakap hal serius. Lets talk guitar.

2-Saya teringin sekarang memiliki sebuah gitar Ibanez RG series. Indonesian made pastinya itu saja 'range' yang saya mampu. Cuma mahukan 'floating bridge'(floyd rose) atau 'fixed bridge'?

3-Mudahnya 'fixed bridge' lebih padu tonaliti dan kepanjangan bunyi (sustain). Lawannya pula anda boleh mengadakan 'temasya sarkas akrobatik'- dive bomb, tremolo dll. Lebih seronok 'floating bridge' sebenarnya.

4-Cuma saya terfikir masalah talaan tali gitar kelak. Saya tak berpengalaman dengan sistem 'floating bridge' selain daripada jenis gitar Fender (saya ada sebuah Ibanez RT series-non floyd rose). Perlu dipotong bola pada hujung tali (sekarang tak semua ala Floyd Rose perlu begitu), kemudian perlu 'adjust' spring entah apa namanya sampai 'level' dengan badan gitar.

5-Tambahan lagi daripada pembacaan di internet, alat gantian untuk tremolo floating bridge daripada Ibanez sukar didapati, tambahan pula majoriti kedai-kedai alat muzik cuma tahu menjual saja. Tak perlu saya senaraikan disini nama kedai.

6-Ini membuatkan saya mahu menjadi seorang 'guitar tech'.

7-Asyik 6 'strings' saja, mengidam juga untuk ke 7, 8 dan seterusnya. Kord rock beb kord rock! Berat berat! Kata King Shah gitar lebih daripada 6 tali ini lebih banyak 'octave' (atau bahasa mudah jadi 'octopus' (lebih banyak meraba-raba tali dikeseluruhan fretboard)-ini saya tambah).

8-Teman setia saya sekarang ialah sebuah gitar Kapok tua (dalam keadaan yang serius untuk di 'restore' semula)

No comments:

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA

EMASA