Tuesday, October 4, 2011

Watak watak dalam 'universe' gitar 1

ED ROMAN

1-Pertama kali saya mengetahui wujudnya karekter realiti ini apabila saya mencari info berkenaan kekerapan patahnya leher gitar Gibson Les Paul, terutama model Custom.

2-Seronok juga membaca ruangan RANT (http://www.edroman.com/rants.htm) yang ditulis Encik Roman ini. Waktu itu saya sedang berusaha menambah pengetahuan tentang gitar, maka setiap info beliau pada saya adalah sangat segar dan memberi kelainan.

3-Beliau adalah seorang yang vokal dan kerana ini beliau sering berhadapan dengan masalah, terutama di forum internet. Contohnya kontroversi tentang gitar OLP yang diubahsuai dan dijual semula menjadi Ernie Ball Music Man John Petrucci.

4-Beliau memang sangat-sangat anti dengan Gibson, sering menyindir PRS dan selalu naik bakul angkat sendiri tentang gitar-gitar keluaran beliau sendiri.

5-Pendapat saya, gitar-gitar keluaran beliau, terutama model Abstract (http://www.edroman.com/guitars/abstract/models-2.htm), terlalu 80's. Bagaimanapun daripada segi kosmetik seperti quilted/flame maple top gitar-gitar beliau(e.g Quicksilver) memang cantik-cantik.

6-Walaupun pada mata pengguna biasa beliau dianggap sebagai seorang yang perlu dijauhi, namun pergaulan Encik Roman dengan selebriti agak mengagumkan (http://www.edroman.com/home/album.htm). Mungkin kerana latar belakang beliau yang pernah bekerja untuk Steinberger (jenama keluarga Gibson) mendedahkan beliau pada golongan ternama.

7-Tidak dinafikan Encik Roman memang mempunyai ilmu yang luas berkenaan gitar. Namun pada saya walau begitu pun kita tidaklah perlu menekankan sangat apa yang kita tahu pada orang lain hingga tahap memaksa. Mungkin disitu akar kenapa beliau dianggap keras kepala.

8-Beliau bukan berketurunan Rome sebaliknya seorang Yahudi. Seorang jutawan dan memiliki koleksi gitar yang pelbagai. Anda dah pernah lihat rekabentuk kediaman beliau? Macam Flintstones.

9-Website beliau telah di majukan rekabentuknya kebelakangan ini, jika tidak seolah-olah terlalu 80 an. Beliau dulu memiliki kedai gitar merangkap galeri yang luas seolah muzium, cuma kebelakangan ini stail perniagaan beliau telah berubah. Untuk berbisnes secara terus 4 mata dengan beliau memerlukan temujanji.

10-Saya meminati satu gitar keluaran beliau-


11-Pendek kata kalau dibaca informasi daripada beliau, terutama RANT beliau, baca saja bolehlah, percaya atau tidak masing-masing boleh berfikir.


p/s-saya percaya tidak semestinya gitar keluaran USA saja yang terbaik.

No comments:

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA