Seth Lover
Pembacaan disini lebih senang- http://home.provide.net/~cfh/seth.html
1-Ringkasannya Encik Lover adalah legenda. Seymour Duncan yang diiktiraf legenda (pembuat 'pickup after market' secara 'mass') juga menjadikan Encik Lover sebagai mentor beliau. Ikuti temuramah di link atas.
2-Beliau mencipta pickup gitar (saya tak tahu alih bahasanya ke bahasa ibunda kita-sama kes dengan terjemahan 'lean construction', DBP cadangkan pembinaan kurang simen(haha)) jenis 'humbucker' yang sebenarnya sedikit kontroversi, kerana waktu yang lebih kurang sama, ada juga orang lain yang telah mencipta 'pickup' konsep begini.
3-Mengikut pembacaan saya dulu, Encik Lover mencipta 'pickup humbucker' ini bagi menyaingi syarikat Fender, sementelahan majikan beliau ialah syarikat Gibson. 2 gergasi dalam industri gitar dunia.
4-Ciptaan beliau ini adalah inovasi daripada jenis 'pickup single coil' yang menggabungkan 2 'single coil' dan menghapuskan bunyi 'humming' single coil (yang di anggap ramai sebagai karekter gitar Fender). Jika anda pernah dengar orang mengatakan 'pickup' PAF (Patent Applied For) sebagai salah satu rahsia kesedapan bunyi gitar Gibson Les Paul 1959 dan lain-lain gitar Gibson jenis 'vintage'(selepas zaman 'pickup P90), itulah 'pickup' ciptaan Encik Lover.
5-Malangnya, sedikit, beliau kemudian menjadi wira tidak di dendang. Saya teringat satu cerita, setelah beliau berhenti dari Gibson dan ke Fender (kerana Fender menjanjikan tawaran gaji lebih lumayandan Enck Lover mahukan perubahan;-anda pernah lihat gitar Fender Telecaster Deluxe? 'Humbucker' pada gitar tersebut adalah hasil inovasi beliau daripada kerja asalnya di Gibson), bekas majikannya itu, bertahun-tahun kemudian, mengeluarkan iklan yang kemudian disedari Encik Lover ada menggunakan namanya dan tidak pula ditandatanganinya sendiri melainkan oleh orang lain, sedang beliau masih hidup.
6-Sebelum Seymour Duncan berjumpa dan menjadikan Encik Lover sebagai mentor (sekaligus penasihat dalam pembuatan 'pickup' gitar- Antiquity/Seth Lover dll), Encik Lover yang telah berusia waktu itu terpaksa menyara hidup sebagai penjual alat elektrik, pembersih hampagas tak silap saya, dan ini diceritakan oleh Seymour Duncan sendiri.
7-Jika anda bermain gitar dengan 'pickup humbucker', itulah jasa dan kekreatifan mendiang Encik Lover.
Syirik terbahagi kepada 2 jenis:
4 weeks ago
No comments:
Post a Comment