1-Hari ini hari Sabtu. Hujung minggu. Memang janggal untuk bekerja pada hujung minggu bagi kebanyakkan orang. Saya faham kalau yang sudah berkeluarga pasti mahu meluangkan masa berkualiti bersama orang tersayang. Saya tiada masalah dan ini perkara biasa.
2-Jadi hari ini jam 2 petang tadi saya masuk ke bilik bekerja saya (pada masa yang sama bilik Penyelia saya, seorang Profesor Madya) dengan 2 tujuan. Menguji tahap penerimaan Broadband dan membaca jurnal setakat termampu.
3-Hampir selepas masuk waktu Asar, 4 suku hingga 4 setengah, awan mula kelihatan membawa kegelapan kandungan airnya. Saya pada mulanya mahu pulang pada jam 6 petangnya nanti. Terus ke kafe Tun Ismail membeli makan malam.
4-Pada jam 5 petang, hujan lebat turun. Saya membungkus laptop dan beg. Kemudian keluar ke ground floor mencari surau. Tidak berjumpa hinggalah bertanya seorang lelaki yang nampaknya seperti juruteknik, bertanyakan surau. Rupanya ditingkat 1. Ini kali kedua saya ke bangunan baru fakulti saya-FKAAS.
5-Usai solat saya lihat hujan mula renyai. Pekerja buruh binaan ada berbasikal dalam renyai hujan. Masa untuk bergerak ujar saya dalam hati.
6-Waktu memasukkan kunci ke tombol bilik bekerja, dihujung koridor di bilik terakhir keluar seseorang. Rasanya pensyarah FKAAS. Saya tidak kenal dan rasanya tidak pernah ternampak. Mungkin bertaraf Profesor Madya atau Profesor.
7-Beliau memandang saya dan bertanya-"Nak buat apa masuk bilik Profesor?". Beliau menghampiri saya.Saya jadi serba salah. Pertama kerana saya memang orang baru disitu, kedua saya tidak kenal siapa yang bertanya kecuali common sense memberitahu beliau seorang yang berautoriti.
8-Saya memberitahu beliau saya pelajar PHD dibawah seliaan Penyelia saya. Saya dekati beliau dan menghulurkan tangan. Kelihatan beliau seperti ragu-ragu. Kurang 30 saat kemudian saya dan beliau memasuki bilik masing-masing dan sempat beliau sedikit melaung bertanya 'Hujung minggu pun kerja juga?'. Saya menjawab 'A ah'.
9-Saya mengambil beg, memakai jaket dan topi keledar. Keluar bilik. Kebetulan yang bertanya tadi juga keluar. Bersama 2 orang perempuan. Mungkin pelajar dibawah seliaan beliau. Oh mereka bekerja dihujung minggu tidak pelik? Mereka ada menyebut sampel sampel. Kami kemudian bergerak memasuki lif.
10-Yang bertanya tadi bertanya nama saya dan asal orang mana. Saya jujur menjawab sesuai adab orang baru. Selesai. Waktu balik, beliau saya lihat memandu sebuah Mercedes. Memang orang berautoriti di FKAAS sini. Mungkin ada peluang lain untuk saya selepas ini. Insya Allah.
11-Cerita kedua. Saya katakan mahu ke Kafe Tun Ismail tadi kan? Saya pun kesana menempuh hujan yang renyai-renyai.
12-Masuk saja ke kafe, saya lihat dalam 20 lebih orang menonton TV melihat perlawanan bola sepak. Saya terus berjalan ke gerai nasi campur.
13-'Transformer datang. Transformer datang. Kah kah kah kih kih kih kih' jerit seseorang. Saya kalau ke kafe ini memang jarang membuka topi keledar. Tambah pula visor saya jenis krom. Memang nampak ke 'depan' pada mata orang kebanyakkan.
14-Saya berhenti sebentar mencari sumber suara itu. Saya tahu ada yang cuba mengolok-olok saya. Ikut darah panas saya pasti kejap lagi ada yang merasa besi but saya. Sabar dulu kata saya.
15-'Siapa cakap transformer tadi?' saya bertanya pada kelompok orang yang menonton TV tadi. Senyap semua. Saya menjengil pada salah seorang. Terus diunjuk pada seorang yang betul betul didepan saya. Budak muda berambut sedikit kerinting dan bermisai nipis memakai baju jersi bola.
16-Saya tepuk belakang beliau sedikit perlahan dan betanya 'Apa kau cakap tadi?' Dijawab beliau 'Transformer'. Saya tanya semula 'Kenapa kau panggil aku transformer?' Beliau nampak sedikit gabra tapi menjawab 'Saja. Bergurau'.
17-Darah terasa naik ke muka saya. 'Apasal pulak kau nak bergurau?Tak pandai hormat orang?' tanya saya. Saya lihat orang yang lain. Terdiam semua. Terus saya ke gerai nasi campur. Saya cuba bersabar. Itu pun masih kedengaran suara ketawa daripada sumber yang sama.
18-Waktu mahu pulang, saya tepuk perlahan belakang orang yang sama tadi. Saya hulurkan tangan. Beliau menyambut tergesa-gesa dan berkata 'Assalamualaikum'. Saya terus berlalu.
19-Saya pun bukanlah baik sangat. Tapi apa gunanya tunjuk jantan depan orang ramai bila ditangkap tahu pula takut?Saya yang bergraduasi daripada sekolah yang pernah mencetuskan kekecohan satu Malaysia pada tahun 2003 dulu. Kes pukul budak. Kes buah pinggang. Anda ingat? Saya ada dan melihat pada masa kejadian itu. Yang memukul itu kawan-kawan saya juga. Tapi apa perlunya sampai ke tahap begitu? Bergaduh-gaduh itu?
20-Saya kecewa pada hari ini. Moga Allah SWT jadikan ini sebagai kifarah dosa saya. Wallahualam.
Syirik terbahagi kepada 2 jenis:
3 weeks ago
No comments:
Post a Comment