Wednesday, December 21, 2011

EPSON Stylus TX100 ERROR

1-Semasa di USM tahun 2009 dahulu, saya telah membeli sebuah pencetak semua lengkap (all in one) berjenama Epson model Stylus TX100 di sebuah kedai komputer di Kompleks Bukit Jambul. Mason tak silap nama kedai? Harganya RM245 tak silap, termasuk dakwat.

2-Setelah 2  tahun pembelian saya dapati prestasinya tidak begitu memuaskan. Sering memberikan pelbagai masalah error yang memeningkan kepala saya. Saya cuba hubungi Epson melalui emel dan menghubungi bantuan teknikal mereka. Tetap tidak membantu.

3-Hampir setahun saya membiarkannya kecuali menggunakan pengimbas (scanner) saja.

4-Sekarang saya kembali menggunakan khidmatnya, dan memasang CISS (external ink) untuk penjimatan. Pada bulan pertama ia tidak begitu memberikan masalah. Sekarang ia mula kembali ke perangai lama, error selalu. Saya cuba setting CISS yang dicadangkan pekedai (Mewatech Sdn Bhd) namun tidak membantu sangat.

5-Paling mengecewakan ialah bila cetakkan terhenti diwaktu cetakan, katalah 12 keping muka surat, cetakan terhenti pada cetakan ke lima saja. Terpaksa mengulang cetak semula dan masalah berulang lagi. Ini menyusahkan saya kerana saya perlu mencetak dan membaca jurnal jurnal.

6-Epson tidak akan masuk senarai belian saya lagi pada bila bila masa. Jenama lain juga boleh memasang CISS namun tidak bermasalah. Leceh benar.

p/s- Antara alternatif lain - http://tricks-collections.com/software-epson-resetter-t10-and-tx100/

No comments:

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA