Tuesday, December 20, 2011

Koleksi FB

1-CINTA itu kependekkan 'curahan impian niat terhadap Allah (SWT)'. KASIH itu 'keluarga anak semua itu hadiah (dari Allah SWT). RINDU pula 'redha isteri nambahkan dua (lagi isteri) (arwah Wak Zamrud, 1512) (saya menulis untuk berpesan sedikit dan melawak sedikit)

 2-Teringat Wan saya cerita waktu di Kedah beberapa tahun lepas yang terkena banjir besar dulu. Ada bantuan wang yang diberikan pihak Tokong untuk mangsa banjir.Ada yang tak mahu pergi ambil sebab pihak Tokong beri. Wan saya baca ayat 3,Surah At Talaq-Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendakinya). Sesungguhnya Allah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. (ini ditulis bila seorang Abang besar merangkap super senior saya di USM dulu yang mempersoalkan bayaran RM500 bantuan Kerajaan baru baru ini)

3-Saya impikan kawan kawan yang sudah berkeluarga atau akan berkeluarga kelak termasuk diri saya, agar mengusahakan buat melahirkan anak anak yang prodigal genius. Negara memerlukan mereka. Dan genius ini tidak semestinya pada lapangan sains teknologi matematik sahaja. Bagaimana genius dalam perniagaan? Bagaimana genius dalam hubungan kemanusiaan? Bagaimana genius dalam penguasaan multi bahasa? Bagaimana genius dalam agama? (ini saya tulis setelah menonton A Beautiful Mind, tentang John Nash seorang genius yang sakit mental)

 4-Perempuan terbaik ialah yang tidak pernah bercinta(sebelum nikah) dengan sesiapa kecuali Allah SWT. Maruah terjaga. Akhlak terpelihara.Penghormatan terbesar.True Bro true (Don 7E). (ini saya tulis sebagai peringatan sedikit keras. Saya berdebat dengan seorang kawan FB (perempuan) tentang pernyataan ini. Kami mencapai kompromi dengan baik. Alhamdulillah)

5-Bagaimana mengekalkan nama anda dikenang sepanjang zaman? Saya ada idea.Dengan nilai USD1 juta sahaja, saya akan menamakan satu sub partikel atom sempena nama anda. Sila PM saya untuk keterangan lanjut. Cepat sebelum harga dinaikkan (Levi Yohanah si Kapitalis) (ini setelah saya membaca Dilbert dan terjumpa di internet sebuah buku kanak kanak Levi The Jew Cockroach)

6-'Yang perlu kau pegang jaga baik ialah isteri kau yang sah.Selain tu macam berjalan atas benang.Kalau dah jumpa yang baik baik, tak payah bercinta diluar nikah.Nikah terus.Baru rock.Baru betul.Baru rock betul betul.Huhuhu!!'(Pakcik Husin Popi) (ini sambungan sebuah pernyataan sebelum ini di wall FB saya  #8 dibawah)

7-Logically, doesn't the existence of thousands of management books show that no one knows what works best? (Seorang Pelajar Post Grad,2011) (ini juga sebagai satu sindiran setelah saya membaca Dilbert)

8-'Pakcik dulu muda muda kuat mabuk dengan perempuan apa semua, sekarang dah tua sakit sakit. Kau jangan begitu Nak. Kalau nak juga mabuklah dengan ilmu yang berguna, dan dengan perempuan biarlah yang solehah.Iaitu kau nikahi dia.' (bertemu Pakcik Husin, bekas penyanyi The Black Platipus) (ini saya taip secara spontan disambil cuba mencantikkan ayat yang ditulis. Ramai kawan FB yang like)

9-Kenapa kita tidak kaya?-Kerana kita tidak memperkayakan diri kita sendiri. Setiap hari kita berusaha dan bekerja hanya untuk memperkayakan orang lain. (Don 7E) (ini saya jumpa di internet)

10- 'Kalau nak lagi laju motor Abang, Abang beli R1'(Midfielder Taman Nilam) (ini sebagai satu gelakkan dan cabaran pada diri sendiri, Kawan dari Pontian tahu kewujudan Taman Nilam)



11- (Dibawah ini teka teki spontan. Waktu saya bermesej dengan seorang kawan perempuan)
  • Kenapa ada orang Melayu minum arak?-Beliau geli makan b@bi (Gerardo Minke) 
  • Orang Arab pandai berbahasa Arab kerana mereka bersekolah agama dirumah (Nurse Bluetooth) 
  • Produk berasaskan kelapa yang tidak digelar kelapa bersama?-Coconut (Bekas MB sebuah negeri) 
  • Kenapa anjing menjelir jelir lidahnya?- Kau dah tak ada kerja ke? Lidah anjing pun diteka teki? (Jose Spaniard)
12-Sesungguhnya kita hanya ditolong kerana kemaksiatan musuh-musuh kita kepada Allah, jika kita juga sama dalam melakukan maksiat, maka adalah mereka lebih utama dari pada kita dalam hal kekuatan, jika kita tidak mengalahkan mereka dengan ketaatan kita, mereka akan mengalahkan kita dengan kekuatan mereka. (Khalifah Umar Abdul Aziz)

13-Saya mahu percaya yang terbaik untuk diri sendiri sebelum mati ialah keluar melihat dunia. (ini saya jumpa di internet)

14-Kita hebat macam mana pun. Semualah. Dalaman luaran. Ideologi, konseptual, method, kritis, teknikaliti etc. Allah SWT pandang 1 aja. Takwa. (Lebai Al Jefri) (ingatan untuk diri sendiri)

15- Rakyat jangan buat baik sangat dengan parti politik.Biar parti politik yang buat baik dengan rakyat. (Don 7E) (bagus juga Kerajaan dan Pembangkang bergaduh, rakyat untung)

16- Daripada Ibn ‘Umar katanya, Rasulullah s.a.w. tidak pernah meninggalkan doa-doa ini: “Ya Allah, aku memohon dari Engkau kemudahan dan kesejahteraan dalam agamaku dan duniaku, keluargaku dan hartaku. Ya Allah tutupkanlah auratku, berilah keamanan kepadaku dari ketakutan, jagalah aku dari hadapan, belakang, kiri dan kananku serta dari atasku. Aku berlindung dengan Engkau dari aku dibinasakan dari arah atas dan dari arah bawahku (ditelan oleh bumi). (Musnad Ahmad, no: 4785, Abu Dawud, no: 5074, al-Nasa`i, no: 5544, Ibn Majah, no: 3871)

17-Saya tersenyum sedikit dan mengangguk kebenaran membaca Wall FB kawan punya kawan yang berbunyi lebih kurang begini- 'Aku hairan dengan perempuan yang tulis kat FB beritahu dok kesepianlah, keseoranganlah, tak ada lelaki temanlah apa lah. Apa Mak Bapak korang tak cukup beri kasih sayang ke?' Kawan punya kawan ini adalah seorang perempuan.Serap sikit pesanan ini jika mahu. (ini saya taip semula setelah membaca posting kawan punya kawan di FB. Benar pesanan ini)

 18-Pengurusan haji Malaysia antara yang terbaik tapi pengurusan wang zakat rasanya tidak begitu cemerlang. (ini 1 perbezaan yang nyata)

 19-Saya percaya tidak ada orang yang mengatasi orang lain (kecuali takwa) dan saya (dalam mendidik hati) tidak pula lebih baik berbanding orang lain. (ingatan untuk diri sendiri)

20-Firman Allah SWT yang bermaksud : Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya aku mustajab untuk kamu”.( Surah Ghafir ayat 60)

21-Mencarut dalam bahasa apa pun- Hispanic ke Sanskrit ke Benua Mu ke. Tetap mencarut (Don 7E) (ini ditaip setelah usai perlawanan bolasepak. Ada yang mencarut di FB)

22-Cara mudah melukis potret ialah minta foto subjek memakai cermin mata gelap yang besar besar kantanya. Maka anda cuma perlu menumpukan pada hidung,mulut dan lain-lain selain mata. Nasib baik 15 minit sudah siap.Selamat mencuba (Al-Hendrix) (ini satu tips melukis potret setelah saya terbaca tips seorang kartunis/karikatur Duku )

No comments:

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA