Thursday, January 26, 2012

Muzikaliti waktu bekerja

1-Saya bermula dengan rock, heavy metal, thrash metal, kemudian ke pelbagai genre. Sekarang banyak mendengar Gary Moore dan 'old school' Santana. Semua muzik okay, cuma ikut rujukan masing masing lah.

2-Jadi bila waktu bekerja di bangunan fakulti, saya masih mendengar muzik. Cuma keberanian untuk memasang muzik yang keras bingit tidak begitu kuat.

3-Kerana sensitiviti. Saya bekerja dilingkungan mereka mereka yang formal. Pensyarah, pelajar penyelidikan dan entah siapa lagi. Katalah saya pasang lagu Carcass, kemungkinan esok lusa saya akan dapat notis.

4-Kalau membuka speaker USB pun nadanya saya perlahankan, agak agak dengar berseorangan saja. Waktu menaip ini saya mendengar Sunshine of your love, kumpulan Cream.


5-Teringat waktu di USM dulu, ada seorang pensyarah 'super senior' pusat pengajian, yang mana saya jenguk daripada luar kaca bilik beliau, sebuah gitar elektrik. Nampak macam 'headstock' Ibanez. Tapi tak pernah pula saya terdengar satu note pun.

6-Kadang tercari cari juga saya manalah tahu ada sesiapa dikalangan pensyarah, pelajar penyelidikan atau sesiapa pun dalam kampus UTHM yang sekepala- melayan 'old school' Metallica dan boleh jadi kaki (jamming). Tak semestinya kena layan muzik keras saja, kalau nak jamming kita kena kira juga minat kawan lain.

7-Saya ada bertanya dengan orang orang Parit Raja kalau kalau ada studio jamming berhampiran, ada yang kata tiada, ada yang kata ada. Nampaknya kena mencari sendiri.

2 comments:

Dr. Bentara said...

kalau PhD buat kat UTP memang kita berdua buat satu band dah.

MFTAQIYUDDIN said...

Alahai....tak ada rezeki Dr.

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA