Thursday, February 9, 2012

Police Academy



1-Waktu kecil kecil dulu, antara filem barat yang seronok ditonton ialah francais Police Academy. Saya tidaklah dapat menangkap apa yang dituturkan para pelakon, kesinambungan cerita ataupun mesej tersirat. Yang menjadi perhatian saya ialah keseronokkan kerana humor yang ditawarkan francais Police Academy ini, tambahan ditonton bersama sama keluarga tersayang. Memang antara waktu berkualiti.

 Foto bertandatangan Police Academy III

2-Sekarang dengan kemudahan internet (katakan tidak pada SOPA dan PIPA), saya mengambil kesempatan memuat turun francais Police Academy ini. Saya mula mengenal nama nama karekter yang berlakon didalamnya.

Cadet Carey Mahoney (Steve Guttenberg)
3-Kemudian saya dapati ada beberapa orang pelakon francais Police Academy ini yang telah meninggal dunia. Terima kasih kerana menghiburkan ramai orang diseluruh dunia.



 Cadet Moses Hightower (Mendiang Bubba Smith)

Cadet Eugene Tackleberry (Mendiang David Graf)


Lt. Thaddeus Harris (G.W Bailey)


3-Saya telah memuat turun sehingga siri ke 3, dan rasanya ada 4 lagi siri yang menanti dimuat turun. Sumbernya ada terselit didunia internet.


  Cadet Laverne Hooks (Marion Ramsey)


 Cadet Larvell Jones

 
  Cadet Douglas Fackler (Bruce Mahler)

 Sgt. Debbie Callahan (Leslie Easterbrook )


4-Saya pernah juga mahu menyertai unit Polis kerana pengaruh filem-filem Police Academy ini hinggalah saya menonton Predator yang pertama, saya nak jadi komando pula kemudian. Hinggalah saya menonton Metallica S&M baru saya jumpa apa yang saya mahu- gitar gitar gitar.


No comments:

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA