Sunday, February 12, 2012

Rakan rakan luar

1-Pergaulan di universiti melibatkan pelbagai jenis lapisan masyarakat, kelas, beza budaya dan agama, pemikiran, bahasa, pangkat, minat dan banyak lagi yang terlintas.

2-Saya perhatikan ramai pelajar, kerana saya juga pelajar, antarabangsa yang membawa sekali gaya mereka ke sini (Malaysia).

3-Kawan kawan daripada Pakistan, Sudan, Nigeria, Libya, Lubnan dilihat banyak bergaul sesama mereka. Ada yang tidak mahir berbahasa Inggeris. Ada yang alim. Ada yang berpoya poya. Ada yang serius. Ada yang tersenyum sahaja. Alhamdulillah kebanyakkan yang saya jumpa baik baik.

4-Di USM dulu ada juga pelajar Caucasian. Dan golongan perempuan Caucasian memang mampu membuatkan pelajar pelajar lelaki lain menjadi baik (sebentar). Tergantung juga.

5-Ada juga yang diumpamakan terlepas kandang, saya terlupa negara datangnya, seorang pelajar yang namanya Islam tetapi bertatu ditengkuk. Melalui perbualan dengan rakan kepada rakan beliau, kegemaran berparti, minum arak dan mengaku ateis (!!) adalah tanda kebebasan mutlak, yang mana dinegara mereka ia ditegah. Agak tersinggung juga saya kerana mereka melakukan Malaysia sebagai tempat maksiat.

6-Satu masa pelajar diatas bergaduh dengan pensyarah, kerana datang lewat. Beliau berkelakuan kurang ajar dengan meninggalkan kuliah. Rasa-rasanya selepas itu ada yang mencari pelajar biadap tersebut.

7-Ada kawan kawan berbangsa Negro daripada Nigeria yang mempunyai sikap kekawanan yang tinggi, ikhlas dalam meluahkan perasaan dan gila gila (menghiburkan) dalam kelas. Ia mendatangkan dimensi baru kepada kami yang waktu itu baru siap berijazah muda. Maklumlah jarang kedapatan mereka mereka yang begitu di Malaysia.

8-Ada yang kalau waktu pembentangan lebih rela tidak datang ke kelas. Ada yang sekali diberi peluang membuat ulasan terlampau panjang pendapatnya. Ada juga yang tenang tenang saja. Ada juga yang mahu melancong saja. Ada juga yang mahu berfesyen.

9-Di UTHM, saya lihat ramai bangsa kulit hitam atau Arab. Tidak kedapatan Caucasian atau bangsa Asia yang lain. Indonesia mungkin ada. Paling seronok disini ialah makan nasi arab. RM5 atau RM7.

No comments:

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA