Thursday, March 22, 2012

Bab 1

Sekarang saya sedang membaca memoir Tun Dr Mahathir, dan pada bab pertama saja kita terus dihidangkan dengan perkara perkara yang tidak terjangka pada permulaan sesebuah penceritaan. Isu isu yang berat yang memerlukan pengetahuan sejarah Malaysia dan pentadbiran eksekutif negara serta UMNO.

Dan pada penutup kata alu aluan Tun secara sinis menyatakan keraguan samada ada atau tidak orang yang (saya percaya ditujukan pada orang Melayu khasnya) akan membaca memoir beliau ini?Jika ditulis dalam Bahasa Melayu mungkin lebih ramai rakyat marhaen mampu membacanya, pada pandangan saya yang mentah ini.

Saya pada kali pertama melihat kata alu aluan nampak usaha kolaboratif dan ketelitian dalam menyiapkan memoir (ini mungkin sebuah autobiografi kenang kenangan hadiah untuk Malaysia) dan tahap ini pun sudah nampak usaha yang banyak dicurahkan dalam menyiapkannya ini (menggusarkan sedikit hati saya tentang penyediaan tesis saya kelak).

Tun Mahathir juga tidak berselindung tentang tradisi cantas mencantas (perkataan ini sangat popular dalam politik Malaysia) dalam UMNO sendiri. Anda boleh baca sendiri pada muka surat 01 hingga 03 (pada waktu pembacaan saya sekarang).

Wujud juga nama Dong Jiao Zong yang rupa rupanya telah lama wujud di Malaysia dan masih terus menuntut dari dulu hingga sekarang. Tun turut menyatakan orang Cina tidak memilih kepartian sebaliknya keutamaan kaum mereka diletakkan paling hadapan (m/s 05-06). Perlukah saya nyatakan orang Melayu pula sebaliknya?

Tun juga menampilkan sedikit dilema beliau dalam sokongan kepada ketua beliau pada waktu hal berkaitan isu rasuah seorang pemimpin UMNO dan strategi Tun untuk melangkah ke jawatan lebih tinggi (baris 1 hingga 3 perenggan pertama m/s 08).

Saya tidaklah rasa ini sebagai sesuatu yang negatif kerana kita sendiri tahu untuk mendapatkan sesuatu yang diidamkan haruslah kita memasang langkah sesuai berkaitan lapangan diceburi. Daripada sijil ke diploma ke ijazah muda ke sarjana ke doktor falsafah ke profesor madya ke profesor ke (seterusnya)-sebagai contoh.

Dan menjadi Perdana Menteri juga tidak menjanjikan 'saudara' dekat akan menyokong seratus peratus kerana nama saja sebangsa sekumpulan tapi setiapnya memiliki hati masing masing. Ini mudah difahami kerana keadaan begini masih saja berlaku sehingga ke hari ini, bukan saja dalam lapangan politik malahan kesemua bidang. Bezanya masih ada adab yang perlu dijaga (atau ada periuk nasi yang perlu dijaga.)

Dan jika kuasa ditangan, masih juga ada perkara perkara yang perlu dijaga sensitivitinya dan adakala tidak perlu memihak mana mana pihak yang bersaudara. Dalam hal ini kita perlu tahu keadaan jangka panjang dalam menjaga kestabilan 'rumah tangga'.




Tamat Bab 1.



1 comment:

Miss Rara said...

Saya nk menyelit.

Heheheheh. Bab 2?
Mintak maaf lama tak online, jadi terlepas banyak entry dan mungkim Abg MFT dah baca bnyk bab. Takpe, kalau rajin dan tak menyusahkan boleh la cerita pasal bab 2 pulak. :D

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA