Misteri Firaun musuh para Nabi berharga RM60. Agak menarik juga melihat lihat gambar cuma kualiti penulisan tidak dijangka adalah kualiti.....Opppssss. Sudah tamat saya baca, barulah jelas gambaran siapakah Cleopatra, Mark Anthony, Julius Caesar dan kaitan mendiang mendiang dengan Mesir, nama nama Firaun yang pelik pelik- Akhenaten, Merenptah,Horemheb dan lain lain
Ada juga ulasan berkaitan siapakah firaun (atau firaun firaun) yang dikaitkan dengan Nabi Musa as, adakah Akhenaten itu Nabi Musa as sendiri? Adakah piramid cuma di Mesir saja? Negara manakah yang mempunyai jumlah piramid terbanyak?
A Doctor in the house pula masih dara lagi (berbalut plastik). Tunggu masa sesuai untuk dibaca. Oh ya saya tidak berjaya menjumpai naskah yang berharga RM80, cuma RM100 saja itu pun saya beli di Kedai Perintis Summit BP setelah sesat mencari Kedai Popular. Iya saya tahu orang lain sudah lama memilikinya, cuma rezeki saya baru sekarang berjumpa dan boleh membeli. Terima kasih kerajaan memerintah. Berilah banyak lagi baucer. Kita faham. You help me, I help you. Thank you.
Tinggal lagi sekeping baucer RM50 (baucer buku RM200). Teringin juga mencari buku Bob Lokman (lupa tajuk) tapi tidak terjumpa. Biasalah.....
p/s-Ada juga mulanya nak mencari majalah Guitar World atau komik komik Marvel hard cover, tidak berjumpa. Biasalah......
2 comments:
welcome back Dr.
:D
Waa, bestnya baucer buku tinggal RM50 lagi. Yang Tirah punya dah lama lesap dari pandangan. Buku yang Firaun tu nampak menarik. Yang Mahathir tu, nanti kalau Abang MFT dah baca, nanti bagitau sama ada buku tu menarik ka tak. Heheh.
p/s : Tidak berjumpa. Biasalah...... :P
Rasa sayang pula nak koyak plastik buku Tun M tu.
Buku Firaun tu OK juga.Terasa macam nak belajar kat oversea-Mesir pula...Eh macam pernah dengar ayat atas ni?
Hahaha.
Terima kasih sudi menjenguk disini.
Post a Comment