Wednesday, March 7, 2012

Cempaka

Menunggu pesanan makanan siap dibungkus. Saya perhatikan dia. Yang pertama saya nampak ialah menutup aurat, dan kedua agak tinggi berbanding mana mana perempuan.Mungkin 170cm?

Dan hati saya tertarik.Selain kesedapan restoran gadis manis ini bekerja.Regular.Itu saya.Hingga pekerja didapur hafal pesanan saya. Tomyam, nasi lebih, telur dadar dan sambal belacan.

Saya kira ini restoran keluarganya.Sebab saya perhatikan dia agak aktif- samada mengambil pesanan, berada didapur,membuat air,menghantar pesanan ke meja pelanggan, mengambil dan menghantar baki duit dan entah tak tahu lagi kesibukkan dia.

Pernah juga berbual dan diberitahu dia pernah belajar di UiTM Shah Alam.

Manis. Dan hari ini saya mendapat tahu dia telah menyambung pengajian (setelah kebetulan siangnya saya terfikir dia ada ijazah takkah mahu selamanya bekerja selain di restoran?).Tahniah.

Kalau pun saya cuma meminati diam diam, saya akur Allah SWT berahsia soal jodoh,rezeki,dan kematian manusia semua dan saya. Untuk kebaikkan saya.

Tahniah untuk dia.

Syukur pada Allah SWT.

Kerana siapa pun jodoh, berapa rezeki dan mati dimana, Dia lebih faham yang terbaik.

90% hampir menyerupai dia si gadis (sumber FB Kartunis Kak Alin)


Dan pensyarah saya pernah berpesan agar menulis apa yang dihajatkan. Insya Allah.

2 comments:

Airilsametok said...

Go for it bro. yang x boleh di cari ni musuh aje, yang lain boleh..tambah2 jodoh!..jgn tunggu lama2, nanti lama2...dia diambil orang

MFTAQIYUDDIN said...

Terima kasih DR.

Insya Allah.I will go for it.

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA