Friday, March 9, 2012

Sekali seumur hidup

Saya berbual tadi dengan seorang rakan sekampung yang juga korum kami bermain muzik dulu. Seingat saya zaman 'gold rush' kami dulu antara tahun 2001 hingga 2005. Sebelum masing masing menuju ke zaman 'working class' atau menyambung pengajian.

Saya dan kawan sekampung tadi, beliau drummer kami, berbual melalui chat Facebook.Mulanya saya sekadar mahu mengusik beliau yang dengarnya akan berkahwin (beliau lebih muda daripada saya), tapi dasar 'hidup mati muzik' (tak elok sangat prinsip ini) kami merewang berkaitan jamming.

Saya semenjak dulu berangan angan agar kampung kami ada studio muzik sendiri. Ada. Kampung kami ada studio muzik sendiri, tapi (TAPI!!!) kepunyaan persendirian.

Jadi kalau kami kutu kacang hantu kampung nak bermuzik, kami akan menaiki basikal (zaman pelajar sekolah) samada ke Kampung Duku (jamming Pak Daud), ke Seri Bunian (Studio Mega-ini kepunyaan Pak Lang saya sendiri) atau yang lebih baik sedikit barangannya ialah di Tambak, Z studio tak silap namanya. Sekarang rasanya Studio Mega saja masih beroperasi (dengan tali bass yang entah tak tahu berapa tahun baru berganti. Sustainability studio agaknya).

Kalau di USM Penang dulu, studio kegemaran kami ialah di Ismarah Jamming, Sungai Dua. Betul betul depan Gate Sungai Dua.

Kebetulan kami kenal dengan pemiliknya, beliau juga guitar tech amatur. Kemudian Ismarah Jamming dijual kepada seorang pemuzik kelab malam. Barang barang daripada Ismarah Jamming masih sama, kecuali studio dijaga oleh seorang yang kami panggil Bang Man. Beliau bekas drummer Flop Poppy sekejap dan pernah jadi session untuk Kamikaze.

Best Bang Man ini. Sempoi.Beliau memang bernafas, tidur, makan dengan muzik. Skill beliau tak usah cakaplah.Kebetulan isteri beliau-Kak Diana juga boleh bermain drum.

Ada sekali jamming lagu Wings-Bujang Senang dengan Kak Diana. Hahaha.

Jadi berbalik berbual dengan kawan sekampung tadi, saya nyatakan agar kami dapat kembali bermuzik bersama sama bila berkumpul beramai ramai. Tidaklah jadi kutu lagi macam zaman budak budak dulu. Kutu pun masih rajin pergi solat Jumaat iya?

Saya turut cadangkan agar kami membeli equipment masing masing, sekadar yang mampu. Jadi bila terasa nak bermuzik, kami akan gunakan barang barang sendiri. Tidaklah terasa bimbang merosakkan amplifier atau terputuskan tali gitar, macam kalau ke studio jamming diluar sana.

Teringat kenangan waktu dinner kami sebelum berijazah sarjana muda dulu, saya dan rakan rakan jamming di USM pada mulanya dah set nak main sebagai band. Tapi mungkin bukan takdir. Padahal itu peluang SEKALI SEUMUR HIDUP.

Tak dapat kami merasa keseronokkan sebagai satu unit muzik dimalam kami dijulang.

Sekarang cuma kenangan mengisi ruang.

 Dinner nite performance. Actually it should be the whole Construction Management studio to perform something, but I don't have a problem though. 2 songs-Nothing Else Matters(Metallica) and Unintended (Muse)-remember this is official event with VIP....The loudest clapped from the whole dine hall compared to the other performances by the other studios. I wish to perform as a band. Never mind. Long live CM. (From my FB album photo)


 Kalau pun ada yang berfikiran bermain muzik ini adalah membuang masa, sayugia saya nak betulkan disini, yang aktiviti ini sama taraf atau jauh lebih berfaedah daripada aktiviti badan beruniform, rumah sukan, kelab catur dll. 

Ia mengajar anda bagaimana mengawal puluhan, ratusan, atau lebih lagi orang dalam satu masa, dalam keadaan yang sempit,panas dan berpotensi diluar keadaan. Magiknya jika anda tahu mengawal keadaan, ia akan menjadi satu aktiviti yang sama seperti mana diluar sana- POLITIK. Sinikal.

Ia mengajar saya berani tampil ke depan masyarakat dan menyesuaikan diri dengan keadaan. Survival.  Meluahkan dan bercakap. Samada didengar atau tidak, terpulang.


p/s- Baca juga ini


No comments:

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA