- PERSOALAN-Setahu saya mengingati orang Islam yang telah meninggal dunia maka mendoakan untuk arwah atau menyedekahkan Al Fatihah. Tapi sejak bila pula mulanya bertafakur seminit atau kurang?
(Watak terlibat dibawah sekadar berbincang untuk mencapai kompromi kerana keduanya saling menghormati satu sama lain dan berkongsi minat pada bidang seni)
---V
·XXX(LIM)-bertafakur untuk mengingati kebaikan dan mendoakan atau menyedekahkan al-fatihah~dalam durasi 1min or kurang la tu oad~huhuhu~
- Muhammad Fahmi Taqiyuddin (OAD)-Tak pernah pula aku dengar bertafakur itu maksudnya mendoakan/sedekahkan Al Fatihah kecuali berdiam diri seminit atau kurang.
- Amirul Imran- Fahmi, mari kita sama-sama bertafakur....hmmm.... ehehehe XD
(amalan jahiliyah ikut omputih)
- XXX -mmg la... tu bahasa je oad..ko nak bertafakur,meditasi tu semua menunjukkan fizikal kita berdiam diri~sama juga doa, salah satu bahasa dalam bahasa malaysia.kalau dalam situasi majmuk memang bahasa dia macam tu..play safe..kalau ada orang bukan islam sekurangnya bahasa tu tak nampak menyakitkan bagi tatapan umum..tapi fizikal yang kita selalu buat adalah tadah tangan..kalau kau berdoa atau muhasabah diri dalam hati pun orang tak tahu apa orang nampak kau senyap dan diam..orang hanya nampak kau bertafakur dan berdiam diri saja..lagipun niat+kata(lafaz hati atau suara) tu semua doa. kalau orang takde agama dan xde tuhan at least dia berdiam diri ingat kebaikan si mati dan terucap kata kebaikan dalam hati atau suara at least itu doa.termakbul or tidak bukan urusan manusia :D
Muhammad Fahmi Taqiyuddin-Itulah kita. Dengan bukan Islam nak jaga hati sangat, tengok apa jadi sekarang.Bahasa pun kalau ada yang pegangan didikan agama tak berapa kukuh pun boleh tersalah ikut juga.Itu yang bahaya.Mula mula mungkin tak berapa ramai kisah, tapi kalau dah jadi kebiasaan nanti tak ke teruk kalau orang orang yang kita kenal sendiri tergamak buat macam tu?Kita dah ada cara solat dan berdoa kita, kenapa kita nak gunakan cara TAFAKUR tu Lim?
- XXX-TAFAKUR tu bahasa oad.bahasa yang orang mudah faham sampai kat hati dgn pemikiran.kena jelas..aku tanya kau oad, kita orang islam tapi kenapa kau aku dia mereka tak bercakap dalam bahasa al-quran?bila tak guna adakah berdosa?salah dari hukum agama?jujur aku pun hanya tahu baca al-quran tapi tak tahu maksudnya..hanya sedikit je.itu pun lepas alih bahasa kepada bahasa malaysia.kalau aku cakap orang gampang benar dalam malaysia.tentu orang marah.tapi aku cakap gampang benar kt indonesia, mksud dah lain.mudah sangat. so klu orang TAFAKUR tak semestinya dia ikut amalan orang yahudi..tafakur adalah berdiam diri.mgkin mengingat si mati, mendoakan , baca surah yassin atau surah al-fatihah siapa tahu?jadi mudahkan dengan lihat dari persepsi hukum agama. berdosa atau tidak? klu ko dapat jawab so kau dah tahu jawapannya :D
Muhammad Fahmi Taqiyuddin-Jujurnya kita terlalu permudahkan apa yang sebenarnya boleh mengancam akidah kita. Kita dah ada sistem kita sendiri tapi kita campurkan sistem luar semata mata untuk apa? Kita dah ada cara kita yang dah betul tapi kita campur cara luar, kenapa?Sebab tak kisah.Ini lebih dari sekadarBAHASA.Aku tak nak nanti waktu ada kematian atau waktu aku mati nanti orang orang yang kenal aku boleh katakan 'Mari kita bertafakur mengenang....'Tak payah.Aku hidup sebagai Muslim sebab nak mati sebagai Muslim. Nabi saw dah beri jawapannya lama dulu-“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka”
- XXX -hohoho..betul..rosak akidah kalau asas tak kuat oad..kalau isu bertafakur lepas tu mengikuti amalan islam ko rasa bercanggah?dalam hukum islam apa yang salah contohnya dalam isu mati ialah apabila kita letak pokok untuk cantik, tu bidaah,tapi letak pokok kecil(akar kecil) untuk si mati so bila pokok tu hidup dia mendoakan tu harus.sama juga letak bunga segar kita tabur kat kubur tu. Rasulullah S.A.W pun letak daun kurma kat kubur si mati. jangan pula ko cakap tabur bunga letak bunga ikut NASRANI dgn YAHUDI. lg, ko kena igt oad amalan NASRANI dgn YAHUDI tu juga adalah ISLAM juga sebelum rasul kita sebelum diubah jadi xbetul. jadi ada persamaan. selagi tak bercanggah apa hak kita kata tu bidaah atau bukan2?kau, aku, dia , mereka ke utusan tuhan? ada lg ke orang nk jadi rasul melayu lg?skrg ni ko rujuk pada 1 side.cube ko rujuk pada byk side?klu ko kurg pasti tanya ustaz.tapi ko tanya jgn tye la soalan tu kerana nak betul, tapi tanya soalan tuk cari kebenaran. sbb klu ko cari soalan nk betul, ko akan manipulasi soalan utk puaskan hati ko tp smbunyikan kebenaran :D
Muhammad Fahmi Taqiyuddin- Kalaulah boleh Lim aku cakap depan Allah SWT diakhirat nanti- 'Ya Allah SWT ini sekadar masalah bahasa saja....' Wallahualam lah apa jadi.Kalau dalam soal yang kita sebenarnya boleh atasi tapi kita tenang tenang aja, tak tahulah berapa lama Allah SWT nak beri peluang.Ada 1 masa dulu zaman Nabi saw, golongan Yahudi berpuasa sebab Hari Asyura (ada kaitan dengan Nabi Musa/Moses) tapi Nabi saw terus terang cakap pada Yahudi yang kami orang Islam lebih layak berpuasa.Kalau amalan Nasrani dan Yahudi kita tak dapat bezakan,aku tak hairanlah kalau......Bukan sebab aku nak kata aku betul tapi aku sentiasa berfikir kata kata berkata benarlah walaupun pahit.Kau mesti pernah dengar syarahan Syeikh Ahmad Deedat kan Lim?Ada masa Allahyarham berlembut waktu berdebat ada masa Allahyarham bertegas.
Muhammad Fahmi Taqiyuddin-Lim, yang kau cakap bertafakur tapi ikut amalan Islam.Rujuk ni-Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang bermesyuarat pada 21 Jun 2010 bersetuju mengekalkan keputusan yang telah dibuat pada 29 Jun 1996 berkenaan acara bertafakur sempena Hari Pahlawan di Tugu Peringatan. Berikut adalah keputusannya:-
Amalan yang dilakukan di hadapan Tugu Peringatan sempena Hari Pahlawan seperti bertafakur dengan menundukkan kepala sekian-sekian saat, meletakkan kalungan bunga, mendeklamasikan sajak, menyanyi. Jawatankuasa Fatwa mendapati amalan-amalan ini tanpa ragu-ragu lagi adalah bercanggah dengan syariat Islam dan boleh membawa syirik yang wajib dijauhi. (ini lagi bahaya,apa pendapat kau Lim?)
- XXX-oad, kan aku dah tulis dengan contoh mcm tanam pokok tadi...kalau kau bertafakur ...lepas tu berdeklamasi sajak dengan amalan bidaah tentu bercanggah..tapi dalam konteks ayat kita guna ayat bertafakur memang tak salah...kalau kau bermeditasi yoga, untuk ketenangan akal selain dari mengalun ayat suci al-quran utk ketenangan jiwa, bertafakur seketika igt kematian orang dgn flashback dosa kita untk muhasabah dri sudah tentu xbcnggah dari segi agama.tapi kalau kita masukkan meditasi macam gaya menurun nak panggil jin bertandang walaupun kau baca ada ayt al-quran itu dah salah.jelas?sama mcm syiah...mereka meratap merayu, memekik, malah cederakan dri ketika hari saidina ali mati pun bidaah juga...tapi kau menangis kerana rindukan rasul,shbat nabi yg mati sbb tegakkan islam, meminta ampun kt tuhan ats dosa silam bidaah ke?
Muhammad Fahmi Taqiyuddin- Lim,kan aku dah kata diatas tadi kita ada cara bersolat dan berdoa kita sendiri jadi nak buat apa bertafakur tu?Ada jaminan tak semua orang Islam yang bertafakur tu betul betul mengingati kebaikkan si mati?Betul betul sedekahkan doa?Atau sekadar mengikut orang kebanyakkan yang mengikut orang kebanyakkan?Kita dah ada cara kita.Cara Islam.Mudah.Angkat tangan baca doa.Kenapa nak ikut cara lain?Tafakur?Kau tahu golongan Kristian pun ada yang pertikaikan kenapa gereja Katolik melutut depan patung Mary,kenapa berdoa melalui Saint saint Kristian tak terus pada Tuhan saja, dan banyak lagi.Orang Kristian pun dah ada yang bertanya amalan amalan gereja mereka,tapi kita orang Islam nak bertafakur sebab apa?
- XXX- kalau orang terhormat pemimpin islam dikenali malah gah kt seluruh dunia sbb kebaikannya dan ada org bukan islam yg buat press dia kata marilah kita bertafakur sementara dalam tv,lps tu kau bertafakur dan tu tadah tangan berdoa kesejahteraan arwah di akhirat, smbil tgk amalan sendiri kt dunia xde la besar mana salah ke tidak?lps tu kau nak marah orang bukan islam tu tadi ke? :D
Muhammad Fahmi Taqiyuddin- Orang bukan Islam kalau ditegur pun sesuai sebab mereka tak tahu Lim, tapi orang Islam yang nak bertafakur tu kenapa?Satu lagi aku percaya kalau betul betul menghayati Islam maka cara Islamlah kita.Apa pula nak bertafakur kemudian kita kata kita walaupun bertafakur tapi kita masih mengikut cabang cabang Islam.Angkat tangan doa saja,mudah.Kalau cari redha manusia memang takkan habis Lim, tapi redha Allah SWT yang satu itu kalau kita usaha Insya Allah.
- XXX- hohoho~aku igt ada cerita zaman nabi musa, try cari surah lembu kat al-quran tu oad.cerita pasal lembu je kot~... nabi musa suruh cari lembu, umat dia kata lembu pe?nak besar ke kecik,jantan ke betina, ada tompok ke tidak...last bila nabi musa request specific haram pun xde dpt lembu tadi.sdgkn nabi musa mta lembu je awal2.pe yg ko ckp tu bidaah/melebih2 oad.islam tak de ckp tafakur tu haram.ko kte mghayati islam, tapi bnda simple ko tak dpt bezakan,mana boleh mana tidak.ko tak rujuk ustaz, tapi ko rujuk pendpt ko.sdgkn islam tu mudah.kalau ko kata angkat tgn doa ko yakin ke kt mazhab lain angkt tgn doa?xblh dari hati?so ko nk kata mazhab selain syafie terkeluar dari islam?cube jawab :D
Muhammad Fahmi Taqiyuddin- Surah Al Baqarah.Tentang lembu merah.Kau pun mesti tahu Lim yang orang Yahudi ini memang Nabi saw dah peringatkan jangan ikut sebab mereka melampaui batas.Kalau kau betul betul rujuk ustaz Lim, ustaz mana kata boleh bertafakur?Islam mudah tapi jangan dipermudahkan.Yang aku pelik kenapa tak berdoa cara biasa tapi mati mati pertahankan bertafakur tu?Ingat kita ada cara kita sebagai orang Islam, yang memang Islamlah.Beza doa orang Islam pastilah tak sama dengan cara bukan Islam Lim.Aku tak sebut sampai mazhab pun.Jangan silap baca.
Muhammad Fahmi Taqiyuddin- Abdullah Bin Omar (ra) berkata: Nabi Muhammad SAW. mengangkat kedua-dua tangannya, lalu baginda berdoa: Ya Allah, aku berlepas diri kepada-Mu daripada apa yang dilakukan oleh Khalid (dua kali). (Diriwayatkan oleh Al Bukhari)
Dalam hadis lain, berkata Abu Musa: Kemudian baginda Rasul s.a.w. mengangkat kedua-dua tangannya, lalu beliau berdoa: Ya Allah, ampunilah dosa ‘Ubaid Bin ‘Amir, dan aku melihat keputihan ketiak baginda. (HR Imam Bukhari)
- XXX- tak la~aku tak silap baca~tapi ko silap persepsi~bertafakur tuk istilah bahasa.dimana fizikal kita diam.sama ada mengenang masa lepas atau pun ko xpikir pe2~itu jatuh kat individu bkn islam itu..kalau ustaz tu kata tafakur salah mgkin dari segi perbuatan org bertafakur tu yg wat bercanggah.sama juga islam. aku fhm persepsi ko, org islam kena berdoa.tapi aku lihat dari segi persepsi umum sebb islam adalah sawahi dimana kalau kita bertafakur dalam islam tak salah.klu ko syp igt dosa lepas dgn lihat kubur org mati, ko nk resemblance ayt pe?cube habaq kt cheq.saat ko syp diam itu merujuk ko bertafakur.pahe dok?sbb dari segi bahasa bertafakur adalah perkataan umum dan elok kalau digunakan kita berada bukan org islam ada juga.sbb mereka tak faham.tp klu org islam tu yg ko syp je watpe?bce la al-fatihah~yasin ke, doa la pe2.bkn ikut agama lain.tapi klu majoriti islam kite gna perkataan doa shj.cth kat masjid mmg xde masalah.cth ustaz azhar idrus dlm ceramah ckp org bodoh2~tak terkeluar dia dari islam tp dari segi adab dia gagal klu dia bg ceramah kt org hati sensitif.pympaian xsmpi yg smpi benci.phm? :D
Muhammad Fahmi Taqiyuddin- Faham sangat.Tapi kau hati lembut ke Lim?Kau boleh jamin semua orang buat macam apa yang kau pertahan cakapkan tu?Orang Islam tak faham jadi itu kita yang Islam perlu berdakwah pada mereka.Bukan sama sama biarkan mereka yang bukan Islam dan kita yang Islam pula ikutkan yang bukan Islam sebab isu sejagat/takut bukan Islam kecil hati,tapi kita sendiri tak takut Allah SWT murka sebab kita sensitif tak bertempat.Perlembagaan Malaysia nyatakan Islam agama rasmi, tapi pernyataan daripada kau Lim buat aku terfikir orang Islam betul betul ke pertahankan agama rasmi?
Muhammad Fahmi Taqiyuddin- Kalau sebab kekurangan diri itu fahamlah,tapi kau nak kata semua orang yang bertafakur termasuk orang Islam yang bertafakur sekali tu cacat sampai tak boleh angkat tangan ke Lim?Bukan itu maksud kau kan?Kalau macam tu bolehlah lepas ni semua bertafakur bila berdoa,sedang nak makan pun perlu guna tangan.
Muhammad Fahmi Taqiyuddin- Islam cuma ada 1 aja Lim.Tapi kalau kau nak jawapan juga ada 72 atau 73 dan 1 saja menurut Nabi saw yang masuk syurga.Aku nak masuk syurga sebab itu aku sanggup pertahankan yang benar mengikut ajaran Nabi saw dan redha Allah SWT.Kau dan kita semua pun nak macam tu juga, cuma macam mana caranya kalau kita sendiri lebih fikirkan perasaan bukan Islam?Abu Talib bapa saudara Nabi saw pun Nabi saw tak mampu ajak ke arah Islam.
Muhammad Fahmi Taqiyuddin- Cuba kau huraikan Lim sebab kau sendiri tanya Islam terbahagi pada berapa.Biar kita tak kesasar jauh.Harap harap kita berbincang ni bukan sebab hawa nafsu.Oh maksud kau cabang cabang/displin dalam Islam.Tengoklah, sedang yang Islam sendiri pun boleh keliru tertanya berapa jenis Islam (tak kata kat kau Lim).Jadi kita yang sebenarnya tak banyak ilmu pun banyak khilafnya.Aku minta maaf kalau ada terkasar, cuma semangat nak pertahankan agama kita aja Lim.Kau pun mesti nak pertahankan Islam juga kan Lim?Jadi apa point kau tentang kategori kategori tu?
- XXX- klu ko nk doo mmg adab dia mcm tu~kite ikut mazhab syafie~betul la tu..tapi tak la jatuh hukum xboleh kita doa xangkat tgn..doa tu umum..ko blh mta bile2 masa kira masa...dgn hati pun boleh....tapi klu ikut adab lagi molek~klu ko tgh pandu kereta~or bawak moto or tgh tebang kayu ko doa dalam hati takbir pun xslh~ko kena pham tak boleh tu sbb pe?ats sbb pe~cth anggur~halal makan~tp klu de proses tertentu smpi jadi mabuk n kite minum haram la~paham?tafakur tu xslh~yg slh perbuatan tu~phm?
Muhammad Fahmi Taqiyuddin- Betul tu Lim.Doa boleh bila bila masa.Doa itu senjata kita orang Islam.Cuma tafakur yang aku bangkitkan lebih ke arah cara Barat yang kita tahu bukan kebudayaan Islam.Aku bangkitkan hal ni sebab adalah beberapa keadaan dalam majlis yang mana pengacara yang aku nampak kulit warna Melayu,cakap Melayu dan aku yakin Islam, mengajak penonton bertafakur bersama sama.Kalau mengikut cakap kau tafakur itu tidak salah, jadi apa salah kita guna adab berdoa kita?Salah ke Lim menggunakan adab berdoa tapi nak bertafakur juga sebab takut Ah Seng James Nathan kecil hati walaupun kita di Malaysia?
- XXX-aku terus terang aku pun xtahu byk mana~aku bukan ustaz~sbb tu aku nk ko merujuk kt ustaz~klu aku ustaz sekolah pondok of course ku blh jawab.tapi aku sama mcm ko~tp mgkin lagi rendah~tapi kalau ko nk kata tafakur tu haram mmg aku kata mana ada~pesal pulak haram?nas mana yg haram?hukum pe yg tunjuk haram?tu yg ko kna tunjuk....dari segi apa dia haram?perbuatan ke?ayt tafakur tu sendiri yg haram ke smpi xblh nk sebut bila ada kematian?cube ko cite~sama jugak klu makan babi.spe kate babi xblh mkn...boleh kalau darurat.tp darurat tu ko sje2 wat darurat atau mmg ko kat kawasan xder mknan halal da..babi je ada?tu pun bkn blh mkn smpi kyg.sme juga anjing..spe kate xblh pegang?blh pgg~tp kena samak...cuma perbincangan kita dari tadi ko xder kluarkan nas tu dgn detail knp xblh. tu je~
- XXX-haaa~klu ko jelas cmtu~mgkin dia dlm keadaan situasi umum~klu guna doa jumpa si atheis plk nnti dia kate nk doa kat spe~aku mana ada tuhan..haa cmne?at least klu dia guna tafakur mybe smpi la mcm aku tulis td at least dia igt kebaikan arwah dan mohon kebaikan pada org yg mati tu~makbul pd tuhan bkn urusan kita.tp lagi molek klu pengacara tu gunakan bertafakur seminit dua dan para islam yg hadir sedekah al-fatihah...lgpun xkn la nk doa kt tmpt bising...emosi pun terganggu~at least gunakan perkataan tafakur tu wat org syp dan respect hadirin nk berdoa. :D
Muhammad Fahmi Taqiyuddin- Yang penyampaian aku yang mana Lim yang aku kata tafakur itu terang terang haram?Daripada awal tadi aku tanya kita ada cara bersolat berdoa kita.Itu cara terbaik untuk kita sebagai orang Islam.Persoalan yang aku KETENGAHKAN ialah kenapa nak bertafakur bila kita dah biasa dengan cara berdoa/sedekah Al Fatihah pada orang Islam yang dah meninggal dunia?Ada Nabi saw cakap bertafakur pun boleh?Setahu aku yang lemah ilmu ini Nabi saw pun mengangkat tangan bila berdoa pada Allah SWT sedang Nabi saw dah dikatakan maksum sendiri pun masih angkat tangan berdoa.Aku tak jumpa lagi hadis Nabi saw bertafakur tapi berdoa adalah.Kau boleh keluarkan nas tak yang kau tanya aku beza mazhab boleh terkeluar Islam?Aku nak beri hadis cara Nabi saw berdoa,tapi tak jumpa hadis Nabi saw bertafakur.Aku faham point kau dari awal awal tadi Lim,tapi berlembut terlalu banyak dengan bukan Islam adakah dijamin Islam boleh selamat selama lamanya?Nabi saw boleh buat perjanjian dengan Yahudi untuk keselamatan Madinah tapi kemudian dikhianat.
Muhammad Fahmi Taqiyuddin- Lim, kalau kau jumpa Atheis tak beragama sebenarnya jauh lebih mudah banding bukan Islam.Bila si Atheis tu kata mana ada Tuhan, kau yang berdakwah sambung aja memanglah betul mana ada Tuhan SELAIN ALLAH.Cuma aku,minta maaf duu Lim, tak setuju kalau majlis majoriti Islam di negara Islam tapi gunakan 'mari bertafakur sebentar mengingati'. Kenapa?Tengoklah.Dakyah luar dah mula diterima kita perlahan lahan.Kalau aku tak tegur kau Lim aku berdosa sebab aku saudara Islam dan kawan baik kau.Tak boleh macam tu Lim.Dan aku ada terfikir juga kalau aku dalam majlis macam tu dan ada kata mari bertafakur yadda yadda..(terutama kalau yang jadi topik ialah arwah Muslim), mungkin aku keluar aja daripada majlis tu.Biarlah orang marah asal Allah SWT tak murka.
- XXX-wohooho~ko faham tak bertafakur tu pe oad? ke ko bantai tafakur ikut amalan yahudi dan nasrani je?jgn buyers pasal bhasa oad .doa tu pun perkataan juga....doa maksud bermunajat kat allah esa..munajat tu klu ko xtau meminta+berhajat.bertafaku
r dalam bahasa boleh ku ungkaikan mcm ni... ku cari kat website http://www.paranorms.org/ t469-tafakur-dalam-perspekt if-psikologi-islam ataupun mcm lagu ni http://www.youtube.com/ watch?v=BSFhmqB8v1M ....tafakur tu luas oad~
Muhammad Fahmi Taqiyuddin Aku dah kata tadi yang aku aku ketengahkan ialah cara bertafakur yang dibuat Barat yang bukan kebudayaan Islam.Rasanya kita ni berhujah atas perkataan yang sama tapi pemahaman kita pada perkataan tu berbeza.Aku faham point point kau tapi aku tetap bertegas nak berdoa cara Islam untuk arwah saudara seagama kita.Itu tak salah dan aku yakin kau pun kata tak salah.Yang salah bila bertafakur itu dilakukan lebih daripada doa itu sendiri.Aku rasa istilah tafakur terlalu umum Lim.Patut kau pakar bahasa definisikan awal awal tadi.Patut untuk sesuaikan dengan agama kita lalah-muhasabah diri.Betul ke Lim?
- XXX- ku faham ko merujuk kepada amalan bertafakur yg bidaah tu~tapi mcm aku jelaskan ko kena jelaskan tafakur yang mana oad~mcm ko takut saudara islam terpesong, ko sendiri kena jelaskan tadi dgn tetap amalan mana cara apa~klu ada org tak paham agama tengok post ko, diorg pun terpesong igt tafakur mcm barat tadi~hohoho~bnda mudah jadi berat~last2 igt tafakur tu haram~even org barat yg islam wat jadi isu kat malaysia nanti...harammm katenye~hohoh~tafakur klu org islam ialah muhasabah diri dan juga berdoa jugak.sbb tafakur tu definisi dlm gambaran mcm ko antara DIA iaitu ALLAH s.w.t.muhasabah diri tu mksud mengingatkan diri dan berubah jadi baik.ku da jelaskan kt post awal tadi~so mmg xslh gunakan perkataan tafakur~
Muhammad Fahmi Taqiyuddin-Aku yakin yang aku bangkitkan awal tadi ialah kenapa telah ada bertafakur untuk orang Islam yang telah meninggal dunia sedang kita boleh berdoa dan sedekahkah Al Fatihah. Mungkin ada kesilapan dimana mana atau mungkin hasutan kekeliruan tertentu.Bagaimanapun aku tetap anggap berdoa sedekahkan Fatihah itu cara terbaik orang Islam.Tafakur walaupun mengikut kau Lim ialah perkataan yang tak salah tapi boleh juga dipenuhi elemen elemen yang bertentangan dengan cara kita yang diajar Islam.Aku percaya kalau betul betul sayangkan Islam patut bersetuju yang berdoa sedekahkan Fatihah dah cukuplah untuk orang Islam.Buat apa nak bertafakur tafakur seminit atau kurang tu.Bayangkan bertafakur mengingati orang yang telah meninggal dunia sedang roh orang yang meninggal dunia disana mengharapkan doa orang/keluarga yang masih hidup.Aku pernah terbaca hadis berkaitan ni.
Saya percaya perbincangan kami berkemungkinan masih belum tamat. Dan saya masih menanti titik kompromi.
Syirik terbahagi kepada 2 jenis:
3 weeks ago
No comments:
Post a Comment