1-Kita tahu PTPTN menjadi berita hangat sekarang ini. Saya tidak mahu mengulas berkenaan isu yang condong ke arah penghinaan sesama bangsa hanya kerana beza politik parti.
2-PTPTN. Pada pengajian ijazah muda saya dahulu, setiap semester saya mendapat RM1400,tolak yuran dan desasiswa tinggallah beberapa ratus ringgit saja.Saya cuma layak mendapat pinjaman separuh saja berbanding rakan rakan saya yang mendapat pinjaman penuh hingga lebih RM20K. Maka setiap awal semester ramailah rakan rakan saya yang kelihatan agak mewah. Tak menjadi masalah kerana kami tahu kami akan membayar semula PTPTN ini, atau begitulah sekurang kurangnya diatas kertas.
3-Apa yang saya mahu ketengahkan disini, jika anda sudi mengetahui, ialah PTPTN memberikan peluang untuk anak anak Melayu terutamanya menyambung pengajian ke peringkat tinggi. Itu agaknya yang lebih penting? Saya tidak pastilah objektif PTPTN namun saya percaya ia berunsur positif. Jika ada yang kata berunsur negatif maka bagaimana pinjaman kereta, rumah dan lain lain? Pinjam senyum bayar senyumlah bak kata seorang Along.
4-Kalau mahu dibincangkan berkenaan hutang yang perlu ditanggung pelajar sebaik saja menamatkan pengajian, pepatah Melayu (bukan Melayu berdasarkan politik parti)- susah dahulu senang kemudian. Bukanlah saya bersetuju 100% berkenaan budaya hutang ini, namun dalam Islam berhutang itu harus. Betul? Dan bersyukur itu? Wajib?
5-Berkenaan kos pengurusan 1%, iya saya faham. Dan saya tidaklah mahir sangat selok belok berkenaan faedah ini, namun sukalah diingatkan yang mereka termasuk saya yang membuat pinjaman PTPTN telah menandatangani perjanjian untuk membayar yang turut melibatkan penjamin (dalam hal saya penjamin saya ialah Emak Ayah saya). Dan saya lebih rela bersusah payah membayar pinjaman PTPTN itu daripada menyusahkan Emak Ayah saya lagi setelah berpuluh tahun Emak Ayah menyara saya semenjak kecil tapak tangan. Bukanlah maksud saya jika tidak ada penjamin saya tidak mahu bayar, tapi biarlah hidup membayar hutang daripada tidak membayar.
6-Bagaimanapun naluri setiap manusia sukakan sesuatu yang percuma, dan saya serta ramai lagi akan lebih sukacita jika ditemui formula/dasar baru yang lebih baik daripada PTPTN sedia ada.
7-Buat masa sekarang, eloknya biarlah ditambah baik lagi PTPTN itu seperti menghapuskan kos pengurusan dan lain lain.Wallahualam.
8-Jika ada yang bertegas juga mahukan PTPTN ditukar menjadi biasiswa, maka belajarlah dan mendapat keputusan PNGK 4 penuh. Granted. Saya? perlu bayar. Hehe. Anda saya percaya telah ditukar kepada status biasiswa kan?
Syirik terbahagi kepada 2 jenis:
3 weeks ago
No comments:
Post a Comment