Monday, April 16, 2012

PTPTN II

Copy daripada FB saya. Perbincangan bersama rakan rakan.

'Saya selalu terfikir yang zaman sekarang pelajar pelajarnya beruntung dengan adanya PTPTN. Zaman zaman dulu bila dapat masuk universiti tapi gagal dapatkan biasiswa maka terpaksalah lupakan aja peluang.Macam Emak saya sendiri.Terpaksa cari kerja dari Pontian hingga ke Muar.Kerja kilang aja pun.Itu jumpa Ayah saya tu.Hehe.Saya dulu pun pernah terfikir kalaulah PTPTN daripada pinjaman menjadi biasiswa, dan kemudian fikir fikir semula PTPTN itu sendiri dah besar nikmat.Ramai anak anak Melayu yang dapat peluang untuk mulakan langkah pertama ke peringkat pengajian tinggi dengan pinjaman PTPTN ni.Saya salah seorang.'
· · 23 hours ago

    • Rafi Samian Kalau di beri cara percuma kagi baik, tak mebebankan rakyat dimasa akan datang... Kerana itu pun duit dari rakyat juga
      23 hours ago ·
    • Muhammad Fahmi Taqiyuddin Betul tu Rab.Cuma kami yang dapat PTPTN ni dianggap dah berhutang.Perlulah bayar.Kalau ada gantian PTPTN yang lebih baik dan tak membebankan maka bolehlah.Kalau semua orang harapkan biasiswa, rasanya cukup ke?Dan rasanya tak semua layak untuk dapatkan biasiswa.
      23 hours ago · · 1
    • Din Brasco Hehe..zaman saya masuk u dulu takde ptptn....yg ada pinjaman jpa, mara atau bisiswa dari keduanya..
      Masa tu hanya yang dikategorikan sangat cemerlang saja yg boleh masuk u. yang agak kurang cemerlang kebanyakkanya memilih masuk maktab perguruan atau pon terus ke sektor pasaran buruh separa mahir.......sungguh beruntung remaja zaman sekarang walaupon result peperiksaan spm mahupon sptm cukup2 makan tapi dengan adanya sistem pinjaman ptptn boleh melanjutkan pelajaran di ipta mahupon swasta....kalau dulu sahkan ipta swasta, ipta kerajaan pon belom tentu dapat merasa baunya....sungguh beruntung!!! Tapi timbul pulak golongan middle class student yang tidak mengunakan peluang yg ada mengembirakan ibu bapa dirumah, tetapi mencari publisiti murahan dijalan2 raya dengan demo yang meloyakan!!...Kita Malaysia!! tidak sama dengan Mesir, Syria, Usa....malah jauhkan jatidiri kita dari budaya jalanan indonesia...jauhkan..jauhkan..malah jauuhhh...
      21 hours ago · · 1
    • Din Brasco Rafi Samian: cuba namakan negara yang beri penduduknya pendidikan tinggi secara percuma....saya nak apply permanent resident kat negara tersebut....name it!!
      21 hours ago ·
    • Monolog Si Paradox http://en.wikipedia.org/wiki/Free_education
      http://stats.uis.unesco.org/unesco/TableViewer/tableView.aspx?ReportId=163
      ni antara post negara yg sediakan free education....
      tp for FYI, students will have to pay enormous amounts of money in forms of living expenses, health insurances..etc. And in those so called free countries it costs more than the countries who actually charge the education :D
      en.wikipedia.org
      Free education refers to education that is funded through taxation, or charitabl...See More
      15 hours ago · ·
    • Monolog Si Paradox btw, kualiti pembelajaran dalam universiti yg memainkan peranan~pendedahan, fasiliti, kemudahan, R&D tu yang penting bagi berbaloi atau tidak kita PINJAM PTPTN..sbb byk course 20-30K untk 2.5-3 tahun pembelajaran tp bila keluar sijil cuma laku dalam malaysia dan mahasiswa lebih kepada politik dari isi :D
      15 hours ago ·
    • Rafi Samian Abis anak2 org kaya pun mengharapkan dan layak mendapatkan biasiswa, kadang2 aku perlik gak sedangkan mereka manpu megeluarkan ongkos sendiri (adakah itu politik)
      14 hours ago ·
    • Monolog Si Paradox yeah~politik~yela kannnn~spe xnk bnda free~hohohohoho~gaji 10k pun kalau dpt bnda free ambik gak~lol
      14 hours ago ·
    • Din Brasco okay..Turki..nanti aku tanya kawan aku kat sana..
      9 hours ago ·
    • Din Brasco Tapi bab sijil laku hanya kat Malaysia tu aku kurang setuju....sbb ramai kawan aku hanya keluar dari Politeknik dan diterima bekerja di Aussie, UK, dan termasuk aku sendiri juga diterima ...rasanya takde diskriminasi kot..yang penting CEMERLANG adalah kuncinya...
      9 hours ago · · 2
    • Muhammad Fahmi Taqiyuddin Apa yang saya nampak ialah peluang sama rata disediakan kerajaan untuk anak anak Melayu terutamanya bersaing dalam pembangunan modal insan negara.Itu lebih penting.Dan saya bersetuju untuk membayar hutang PTPTN saya.
      5 hours ago · · 2
    • Momotarosan Fakhrul sy plak memikirkn peluang utk adek2 n baik sy berkerja cume wang membataskn sy untk blajar
      4 hours ago ·
    • Momotarosan Fakhrul untung sungguh anak2 zaman sekarang blajar lah sunguh2 ye wahai adek2 ku
      4 hours ago · · 2
    • Muhammad Fahmi Taqiyuddin Saya tertanya tanya juga bila anak anak menteri orang berkuasa pun banyak dihantar belajar universiti luar negara. Ehem ehem.
      4 hours ago ·
    • Monolog Si Paradox bukan turki je kot ada free education~link kt atas tu ada provide negara yg bg free education~tp depends la dia bg free tahap mana~ada yg smpi universiti pun free gak~ada yg tahap sekolah mngah je free..sijil mmg laku kt dlm malaysia je~klu spe pg politeknik kije kt luar negara tu depends dia ada experience pkrjaan or kos dia dtg dari segi tenaga mahir or universiti yg dia blajar mmg ada usahasama dgn negara luar mmg ada je~klu nk ikutkan SPM pun blh kije luar negara tp jadi tukang cuci pggan la~kije kt watson ke~jnji ada pasport je~tp klu dlm segi professional cth mcm doktor, peguam, etc kna pi uni lain kot kt oversea.klu dpt tajaan mmg best la..klu nk bndgkan pncapaian universiti2 malaysia mmg jauh ktgglan even da lbh brpuluh tahun bertapak dpt title Universiti brbnding negara lain...lagi 1 CEMERLANG bkn 1 sbb..pernah bkrja dgn mahasiswa 4 flat dari uni terkenal dlm malaysia tp bila buat kerja kerani pun failed? :D
      4 hours ago ·
    • Monolog Si Paradox aku pun setuju bayar PTPTN tapi gaji dalam MALAYSIA kecil + taraf hidup melampau buatkan tak mampu nak bayar~cmne?hahaahaha~suck gile life after study~lol~
      3 hours ago ·
    • Muhammad Fahmi Taqiyuddin Aku terfikir tak perlu mansuh PTPTN tapi tambah baik lagi PTPTN.Soal bayaran tu agak perit.Cuma memang kena bayarlah juga.Rezeki masing masing lepas habis belajar.Sambung belajar ke dapat juga merasa biasiswa.
      3 hours ago · · 1
    • Mohammed Azrir Ramli PTPTN tak salah, Bunga dia tu yang orang tak setuju.
      2 hours ago ·
    • Muhammad Fahmi Taqiyuddin Aku setuju dengan Halim berkaitan kualiti pembelajaran dalam universiti. Dan jawapan yang aku jumpa ialah kita tak dapat ubah cara universiti, kita yang kena ubah diri sendiri.Agak lambat juga aku dapat jawapan ni.Berkaitan bunga tu aku setuju kalau dapat dikurangkan atau dihapuskan terus. PTPTN patut dimantapkan lagi.
      2 hours ago ·
    • Mohammed Azrir Ramli Tak semua student manfaatkan PTPTN diorg untuk keperluan pendidikan mereka. Almost 70% akan habis dekat handset & gadget. Cuma, kenapa PTPTN tak laksanakan satu sistem semacam biasiswa. Mana mana student yang gagal, tarik balik PTPTN dia untuk sem seterusnya. Dan bagi mereka yang cemerlang, mereka tidak perlu bayar semula. PTPTN sbenarnya membantu, tetapi cenderung kearah untuk dipolitikkan, bukan untuk mambantu, tetapi membebankan dgn Kadar faedah yang tinggi lansung tidak logik akal.
      2 hours ago ·
    • Muhammad Fahmi Taqiyuddin Aku pernah ada pengalaman PTPTN ditahan 1 semester sebab pointer bawah 2.0 tahun 2007 dulu.Tak silap 3 kali pointer bawah 2.0 akan ditarik pinjaman PTPTN.Aku kena sekali taubat dah.Pinjaman kepada biasiswa pula sekarang pun dah memang akan tukar kepada status biasiswa untuk pelajar cemerlang(lupa berapa kelayakkan cemerlang).Tak silap aku daripada 12 ribu yang ditukar kepada biasiswa, 9000 orang adalah pelajar Cina.Statistik dah menghuraikan sesuatu disitu.
      2 hours ago ·
    • Muhammad Fahmi Taqiyuddin Aku terfikir pemberian baucer buku RM200 adalah satu langkah bijak untuk elakkan pelajar berhabis ke lain.PTPTN patut cuba beri baucer saja untuk baki duit akaun lepas tolak yuran apa semua.
      2 hours ago ·
    • Muhammad Fahmi Taqiyuddin Aku teringat cerita lama ada seorang kawan buat deposit kereta guna duit PTPTN.Aku tumpang gembira sekejap bila dengar cerita.
      2 hours ago ·

2 comments:

atikah ramly said...

saya agak bersetuju dengan tuan, lebih baik ptptn itu ditambah baik daripada dihapuskan. pemansuhan ptptn ditakuti akan mendorong pelajar lebih bersikap sambil lewa dan tidak berdaya saing. Sistem seperti pemberian vaucher buku boleh dilihat sebagai alternatif yg baik untuk mengelakkan pelajar itu berhabis kepada benda-benda yang tiada kaitan dengan pembelajaran sbg contoh beli hp, pakaian branded dan lain-lain

MFTAQIYUDDIN said...

Iya betul.Harapnya PTPTN dapat dimantapkan lagi.Terima kasih sudi menjenguk disini.

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA