1-Dalam seminggu dua ini berlaku beberapa peristiwa yang membuka mata saya. Hakikat yang selain keutamaan pertama pengajian saya, tidak dapat dielakkan keutamaan yang mengejut datang.
2-Ayahanda saya kemalangan, ditabrak daripada belakang oleh sebuah Perodua Kelisa, seusai pulang daripada surau Hj Mohd Salleh kampung kami. Buat saya sedikit blues ialah Ayah sempat mengambil sepinggan bihun goreng lebihan majlis disurau untuk saya sebelum kemalangan. Ayahanda saya berbasikal lengkap lampu reflektor namun kalau sudah tertulis akan jadi tetap jadi.
3-Syukur Alhamdulillah, tidaklah seteruk mana (koyak kulit kepala, pinggang lebam, luka luka dibelakang, sendi sendi, bahu dan bentan dipinggang) walau semalam sempat di X RAY di Klinik Kesihatan Pontian- menemui retakan dikawasan pinggang.
4-Waktu saya bergegas ke tempat kemalangan( diberitahu jiran jiran), saya lihat darah berpecaran di jalan raya (Pontian menuju Kukup) dan jantung terasa mahu meletup. Apa pun yang penting Ayahanda selamat. Itu lebih baik. Saya mahu saja menumbuk pemandu Perodua Kelisa yang memandu laju namun ditahan orang oran tua kampung. Saya dan Abang memandu ke hospital kerana kelambatan ambulans.
Berselisih kami dengan ambulans beberapa ratus meter sebelum sampai ke
Hospital Pontian. Saya berkain pelikat saja tanpa membawa apa apa tatkala sampai ke hospital.
5-Dan dengarnya (bila saya sudah dihospital) pemandu Perodua Kelisa menangis dikeroyok pemuda rakan sekampung. Kawan kawan pemandu Perodua Kelisa sekadar duduk saja melihat. Dengarnya juga pemandu Perodua Kelisa cuma sempat diselamatkan sebuah kereta kawannya yang membuat operasi menyelamat tergempar.
6-Saya bukanlah perkauman kerana doktor doktor yang membantu Ayahanda saya dihospital (Pontian dan Sultanah Aminah) adalah bangsa bangsa lain dibumi bertuah ini. Terima kasih pada mereka.
7-Namun saya sedikit terkilan kerana mengikut pengakuan seorang rakan sekampung waktu mereka mengelilingi pemandu Perodua Kelisa itu, mulut beliau berbau arak. Jika dilihat kesan brek tayar yang masih kekal dijalan raya sekarang dan kesan pecah kaca depan kereta bahagian pemandu- sah memang laju kereta Perodua Kelisa itu.
8-Saya bercuti tanpa izin SV saya hampir seminggu, dan sekarang pun saya masih bingung bingung lagi untuk mula membuat kerja. Teringat Ayahanda.
9-29 April jam hampir 9 malam. Semalamnya BERSIH 3.0
10-Semasa dihospital, saya cuma mengulang ngulang zikir. Rasulullah SAW bersabda : “Siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billahi, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit dan paling rendah ialah kebimbangan.
Syirik terbahagi kepada 2 jenis:
3 weeks ago
No comments:
Post a Comment