Tuesday, May 15, 2012

Watak Watak dalam Universe Guitar

1-Zakk Wylde. Satu perkara paling sinonim bila nama Zakk sampai dalam minda saya ialah teknik pinched harmonic/pig squealing beliau. Dan arak beer. Macam air kelapa kita disini.


2-Saya pernah terbaca dalam Guitarworld mengenai Zakk dengan masalah blood clotting. Yang menjadikan beliau berstatus sober (rasanya sampai sekarang).

3-Koleksi koleksi signature gitar beliau memang pelbagai. Cuma saya tertanya tanya kenapa lebih menyerlah yang versi Epiphone? Coffin guitar anyone?

4-Gibson LPC Bull's eye beliau memang mencuri perhatian. Teringat saya pada satu acara 'roasted' dimana seorang pelawak membuat lawak kasar berkaitan Bull's eye Zakk (so that the audience will know where the horrible sound came from).

5-Saya tidak dapat menghadam muzik beliau bersama Black Label Society. Terlalu 'raw'. Zakk mungkin tidak dalam kategori shredder tapi masih virtuoso. Solo beliau yang saya selalu ingati ialah dalam No More Tears (zersi asli bersama Ozzy).


6-Waktu ditanya tentang saat awal beliau menyertai kem Ozzy, Zakk mengimbas kembali begini- 'What do I gotta to lose (regarding the guitarist audition for Ozzy)? I just working in a gas station.'

7-Zakk dulu dan sekarang kelihatan berbeza. Dulunya dengan rambut blonde mengerbang dan badan sekeping yang berlainan dengan sekarang gaya bikers dan macho.

8-Satu yang bagus berkenaan Zakk ini ialah beliau masih beragama. Dibandingkan ramai atheis dalam muzik rock metal seperti duo guitarist Slayer.

9-Gary Rossington dan Ed King (Lynyrd Skynyrd) memberi penghargaan pada Zakk kerana tidak segan segan mengaku meminati muzik Southern Rock. Rossington membuat lawak dengan mengatakan ada parut dibadannya yang jauh lebih tua daripada Zakk (pada waktu interviu, awal 90an).

No comments:

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA