Monday, March 14, 2011

Evo zik

1-Antara genre muzik aku mula-mula kenal dulu ialah-Rock. Dijanakan gergasi rock Malaysia-Search dengan Isabella. Kemudian baru lah yang lain-lain. Rock kapak. Itu awal 90 an, penghujung kehangatan musim Rock.

2-Bila kenal Metallica tak lama kemudian melalui Black Album-Enter Sandman/Sad Bad True/Whenever I May Roam/Unforgiven, aku mula ke arah muzik yang lebih berat. XPDC pula kemudian dengan Kita Peng Yu-Selendang Merdeka.

3-Kumpulan lain seperti Scorpion, Deep Purple, Rainbow, Wings pun masuk list juga. D' lloyd sekali.

4-Metallica kemudian keluar dengan S&M pada 1999 tak silap, siap. Trash Metal selepas itu. Semua album official Metallica aku ada(sampai St Anger) kecuali Garage Inc. Death Magnetic aku dah malas nak beli. Dengar kat Youtube pun dah boleh agak keseluruhan bunyi album.

5-Ada juga dengar band-band yang lebih berat macam Dimmu Borgir, As Sahar, Soulfly, Koffin Kanser, entah apa lagi. Tak masuk sangat. Tetap Metallica aja yang aku minat. Waktu-waktu macam ni la aku mula main gitar. Kapok natural finish. Rm60. Mak aku belikan. Mulanya bapak aku nak belikan gitar yang body lebih nipis(elektrik?) tapi Mak dah pintas dulu. Dari situ aku evolve.

6-Sekarang macam-macam muzik aku dengar. Kontra dengan majoriti. Bukanlah untuk dibanggakan pun kelainan macam tu. Cuma minat aku lebih ke lain. Waktu orang dengar Linkin Park, aku layan Korn. Waktu orang demam Amuk, aku layan Metallica. Waktu orang baru dengar Meet Uncle Husin, aku dah lama sokong MUH ni. Pretty Ugly pun best.

7-Aku cuba tak bias. Country pun aku dengar. Dangdut-pasal nak dengar patternnya. Susah ooo dangdut. Sekarang cuba-cuba layan Medieval music- Blackmore's Night.Cuma Hip Hop je aku................

8-Nasyid pula aku layan Raihan aja. Album-album awal best. Puji-pujian album debut Raihan adalah yang terbaik. Lepas tu agak statik. Kumpulan nasyid lain cuma ikut trend. Ok. Yang baik tetap baik, tapi kalau kau cuma ikut musim aja, aku pun malas nak layan. Gitulah. Sedap lagi nasyid dari Indonesia. Try cari sendiri la. Bung Doelmat ke apa aku dengar dulu. Yang elok aku ambil.

9-Gitar instrumental yang aku dengar buat aku cepat bosan. Teknikaliti memang dahsyat. Aku arpeggio pun tak mahir. Tapi aku lebih pada basic kumpulan. Walau aku pun main gitar(bukan musician ye saya ini?sekadar pemain gitar saja), dan ada juga gitar hero yang aku suka, tetap aku minat pada kumpulan-kumpulan aja.

10-Maher Zain?No. Justin Beaver?No!!!Jonas Brother?No!!!!!!Shahir?No!!!!!!!! Sekadar baca dalam internet atau suratkhabar saja. Kena la tau juga perkembangan kan?Tak bias kan?

11-Good music will always come around-lupa quote sapa.

No comments:

KAWAN

Blog-blog saya yang lain

1SEKOLAH 1MALAYSIA